Pages

12 March 2012

200 HARi !!!dah Berlalu

Assalamualikum &Salam seJahtera

Hari nie 12 mac 12...hem cantik jugak kan....dah lama tak meyibukkan diri menulis cite kat blog aku nie...so hari nie aku tak de cite sebenarnya tapi hari nie sedar tak sedar dah 200 hari my B Arwahyarham Suffian Hashim (Si Dia) pergi meninggalkan aku di dunia nie....

Masih perasaan dan Rasa yang sama Rindu,,, pada Si Dia Sedih tanpa Si Dia hari-hari yang membosankan tanpa Si Dia di sisi......walaupun ada hari aku begembira bersama family dan rakan2..dalam hati tetap sama sedih dan inginkan Si Dia kembali..tapi aku masih berpegang kepada pegagan agama aku pasrah yang pergi takkan dapat kembali...hanya allah yang tahu isi hati aku saat ini..

Paling dirindui ingin bergambar sama sama Si Dia..memang tak kan dapat dah....asal tgok tipon yang dihadiahkan Si Dia pada aku sedikit tedetik,rindu nak terima panggilan dari Si Dia,,tapi semua itu mimpi dan hanya angan2 yang tak kan tercapai dan kesampaian......aku tahu bukan aku sorang saja yang mengalami semua nie ada juga mereka yang senasib aku...ditinggalkan oleh mereka yang dikasihi...tapi tu lah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.....

segala nasihat dan semangat yang korang (kawan2)berikan aku hargai sangat sedikit sebanyak dapat menambahkan kekuatan aku untuk terus bersabar dan tabah menerima ape yang telah ditakdirkan untuk aku....perjalanan masih jauh..terlalu banyak perkara yang akan aku tempuhi...

Saat nie kalau Si Dia ada lah kan aku nak makan sama2 dengan Si Dia,sambil borak2 dah lama rasanya tak buat semua tu.....aku nak cakap kat Si Dia yang aku rindu sangat dan sayang sangat kat dia.....paling aku rindu nak dengar suara dia....nak tengok dia senyum dan gelak-gelak sama2 semuanya dah lama aku tak rasa.....

Skung pun dah tak de gambar-gambar baru si Dia....hem...apa yang  aku rasa skung?????sedih.....sunyi....
benci gan semua yang jadi nie....Bosan tak yah cakap lah skung kalau sehari aku tak kuarkan ayat BOSAn tu memang tak sah....Cmfm2 aku akan sebut perkataan tu hari2...entah kenapa..!apa yang aku rasa skung nie aku pun tak tahu..

Alhamdullilah dalam masa yang sama aku masih lagi lalui kehidupan aku seharian dengan ok dan sama seperti biasa walau tanpa si Dia di sisi.....walaupun kadang2 ada perkara yang membuatkan aku nak sangat Si Dia ada bersama aku tuk laluinya sama2 macam dulu.....apa pun semuanya dah ditentukan..

aku hanya seorang hamba Allah yang biasa...aku harab segala urusan yang akan aku lalui dan hadapi dipermudahkan segalanya...seperkara yang sangat penting akan aku lalui tak lama lagi..harab aku dapat bertemu dengan si dia...mudah mudahan

semoga perjalanan hidup nie lebih dirahmati-NYA.....Aminnnnn

******Mohon MAAf pada SEMUA atas SEGALA KESALAHAN yang pernah aku lakukan******

4 March 2012

Anugerah Cinta

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Ramai yang pernah berkata bahawa ramai lelaki mudah terpikat dengan wanita yang bersifat keIbuan,lemah lembut ketika mengalunkan bicara, mengambil berat dan mempunyai jiwa yang sarat dengan kasih Sayang.


      Wajah lembut bersinar bak Bidadari serta riak keibuan mampu mambuatkan kaum Adam berasa tenteram. tidak kira dalam mengalami tekanan, cemas dan gelisah wajah mereka tetap mampu menenagkan hati.apatah lagi saat bermanja, sesiapa sahaja pasti senang hati.

Kata mereka lagi antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak untuk dicintai dan mencintai. seseorang itu akan memahami perasaan dan jiwa suami isteri apabila tahu cara bagaimana cara kasih sayang itu dilahirkan..seorang isteri bukan sahaja menjadi kunci kebahagiaan dan ketenteraman jiwa raga suami,malah ia menjadi kunci kejayaan hidupnya. Wanita adalah pendorong semangat.

    kata orang,dibelakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang wanita yang bijaksana dan berjiwa besar.Lelaki lazimnya memerlukan seseorang wanita yang mampu memberinya semangat dan dorongan yang jitu untuk mereka berjaya..Secara halusnya mereka memang mengharapkan segunung bantuan dari insan yang bergelar wanita.

    kata orang lagi, kehidupan selepas khawin adalah kehidupan yang sebenar.segala perwatakan manis yang ditunjukkan ketika bercinta lazimnya akan lenyap apabila tanggungjawab mula menguasai hidup.Oleh itu kata orang adalah lebih baik kita mengahwini insan yang belum kita kenali hati budinya.,sekurang kurangnya kita tidak terpengaruh dalam agenda pentas dunia percintaan yang penuh dengan kepurapuraan itu.kita akan lebih realistik....(tapi dalam dunia kita sehari harian boleh ke kita berkahwin dengan insan yang tidak kita kenali hati budinya????)

   kehidupan berdua sebagai suami isteri yang normal tanpa dibelenggu oleh sikap2 hipokrit yang dicurahkan ketika dibuai cinta.kita juga akan lebih dewasa dalam mencorakkan rumah tangga yang perlu dipertahankan sehingga ke akhir hayat.

memang perkahwinan  itu satu perjudian.antara baik dan buruk, manis dan pahit ketika bersama mengorak langkah memasuki gerbang perkahwinan silih berganti menjadi dugaan..lebih2 lagi, insan yang akan memimpin tangan kita itu adalah asing bagi kita. Twtapi siapa tahu Rahmat yang ALLAH telah janjikan kepada setiap hamba-NYA.. ALLAh itu tidak akan menganiaya hamba-NYA yang pasrah dan redha pada takdir.

       mungkin insan yang belum dikenali itu pembawa kebahagiaan yang tiada tolak bandingnya. Malah, tiada siapa yang tahu & yakin bahawa kekasih yang dicintai pasti akan menjadi suami yang baik dan penyayang......Tiada siapa yang tahu kerana sikap  manusia itu sering berubah-ubah dan tidak tentu hala perasaan dan jiwanya.

Pembuka kata dari Novel Anugerah Cinta menceritakan betapa tabahnya hati seorang wanita yang bergelar Isteri yang terluka dengan sikap suaminya tapi masih mampu tersenyum dan mengharabkan kasih sayang dari suaminya..wanita setabah ini yang selalu dijadikan contoh..BOLEHKAH AKU MENJADI SEBAHAGIAN DARI WANITA YANG TABAH...selepas satu perkara yang tidak pernah aku impikan dan bayangkan akan terjadi dalam hidup aku......insaALLAH!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...