Pages

28 November 2012

MEMUJUK SAHABAT !

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

SELAMAT PAGI guys! hope hari nie semua kawan2,sahabat2,pembaca blog n semua bloger2 sihat2 hendaknya.sambil meyelam minum air..tapi jangan sampai tersedak sudah lah sebab banyak tertelan airnya hihihihihihi sebba apa cakap macam tu tengak kerja nie sebenarnya tapi tetap nak entry Blog kesayangan nie kejap.

pagi tadi before masuk keje singgah seven7 jap hajatnya nk beli roti or apa2 lah tok sarapan pagi tapi terbeli majalah Dara.com pulak hum best jugak story Edisi nie.so kat sini ada benda yang aku nak kongsikan sikit gan semua..TIP SAHABAT...sebab sahabat@kawan antara yang selalu ada dengan kita dalam kehidupan seharian kan so tak salah kalau kita tahu tip untuk Memujuk sahabat kan.,teks yang paling aku suka dari penulisnya Nor Hafizah Md Shah ialah :

"jangan terlalu EGO dengan sahabat sendiri. Berkawan bukan untuk sejam dua, tetapi untuk selama-lamanya......"
HUm ada betulnya kan.....jadi bila ada perselisihan faham tu tak salah kalau kita mengalah atau cari beberapa tip yang boleh kita semua gunakan untuk memujuk teman baik kita...BUKAN untuk membodek, tetapi sampai bila kita tidak mahu bersemuka dengan sahabat kita jika bergaduh kan.

  • Biarkan Seketika
selepas berlaku pergaduhan atau perselisihan faham @ pendapat,maka jangan sesekali terus menegur dia yang tengah 'panas'.biarkan dia pergi buat sementara waktu.may be dia memerlukan masa untuk 'sejuk' semula.jika dia benar2 menyayangi kita,masa merajuk tu tidak akan lama. kawan-kawan kalau bergaduh biasalah sudah menjadi asam garam dalam persahabatan kan...
  • Jaga Bahasa
kalau boleh Elakkan berjumpa dengan dia ketika kita terlalu marah ye lah takut kita pulak tidak mampu menahan amarah kita yang tengah membara2 dalam hati. Apabila sudah reda, barulah kita bersua dan berjumpa, bercakap menggunakan tutur bahasa yang elok. BUDI BAHASA amalan kita. jika reaksi negatif yang diberi. teruskan kesabaran dalam diri, stay kekalkan intonasi dan janganlah sesekali menaikkan nada suara kita kerana selalunya ianya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Ambil Masa
selang dua tiga hari masih lagi tiada perubahan, perlulah kita dulu yang memulakan langkah. walaupun bukan kita yang memulakan bergaduhan.tak apa sesekali mengalah demi sahabat.Pilih masa yang sesuai untuk berdamai dan duduk di hadapan sahabat kita berseorangan.jika waktu itu dia terlalu sibuk atau pun tak sihat, maka lebih baik kita tangguhkan dulu hasrat kita untuk berdamai.
  • Bertolak Ansur
Buang sifat EGO dan tingkatkan kesabaran dalam diri. jika pertelingkahan itu berlaku bukan disebabkan kita sekalipun, jangan malu untuk menjadi orang pertama meminta MAAF.
Contohi peribadi Rasulullah SAW yang mudah memaafkan sahabat2nya. Tidak rugi andainya kita yang memulakan dahulu perkara kebaikan demi rakan baik yang disayangi.
  • Curah Perasaan
sesekali kita perlu jugak duduk berdua dengan rakan kita tanpa sebarang gangguan untuk melalui sesi meluahkan perasaan. kongsi apa sahaja yang terpendam di dalam hati sebab kadang2 ianya boleh menjadi pengubat hati tu. mana yang salah kita boleh perbaiki dan yang baik boleh diikuti. bukan kah kita dan sahabat saling memerlukan dan saling melengkapi untuk kehidupan seharian kita.
  • Berjanji
Apabila pergaduhan telah dapat diselesaikan teruskan keceriaan hari2 dengan sahabat kita dengan berjanji. Berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama di lain hari. Setiap manusia ada kekurangannya. Oleh itu, sebagai sahabat kita perlulah saling menghormati dan bantu menbantu antara satu sama lain.

ha...macam mana tip2 yang diberikan boleh lah kan diguna pakai.ye lah kadang2 memang akan terjadi perselisihan faham dengan kawan2 kan..tapi tengok jugak lah masalah apa yang terjadi tu tak semua masalah senang diselesaikan dengan cara yang sama. sebab tu aku selalu kata ada bezanya sahabat dan kawan.
-Rohayu Sohor

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...