Benar atau tidak berkahwin muda selalunya tidak akan berkekalan sehingga ke hari tua ? Pelbagai andaian yang dibuat hingga menyebabkan golongan remaja takut untuk mendirikan rumahtangga di usia muda. Namun, jika benarlah anggapan itu, mengapa orang-orang ‘veteran’ masih boleh bernafas sehingga kini, sedangkan hampir kesemuaan dari mereka berkahwin di usia muda ? Berhenti berfikir benda yang negatif, mula fikir sesuatu yang positif ayuh pelajari 5 benda yang harus kamu titik beratkan sekirannya kamu mahu berkahwin di usia muda.

1. Berfikiran Matang
Kamu perlu menjadi seorang yang matang berfikir dan rasional. Kamu tidak boleh berperangai seperti keanak-anakan dan terlalu mentah. Sekirannya hubungan kamu sedang menghadapi masalah, kamu harus bijak memikirkan jalan penyelesaian yang rasional.

2. Jangan Ada Rahsia
Hubungan yang baru setahun jagung amatlah rapuh dan mudah runtuh, ini kerana adanya sikap ‘prasangka’. Jadi, elakan daripada berahsia dengan pasangan kamu hingga menyebabkan si dia mula berprasangka dan curiga dengan kamu.

3. Luangkan Waktu Bersama
Jika dahulunya perkataan ‘workaholic’ sangat sinonim dengan kaum lelaki, kini perempuan juga tidak kurang hebatnya. Maka, tidak hairanlah jika kamu berdua jarang bertemu muka hingga menyebabkan si dia dan kamu tidak seintim dulu dan ia mula memberi kesan yang tidak baik pada hubungan kamu. Oleh itu, apa kata luangkanlah masa yang terluang bersama-sama dengan melalukan aktiviti yang berfaedah.

4. Buang Ego Yang Tinggi Melangit
Perasaan ego dan remaja tidak dapat dipisahkan seperti isi dan kuku. Namun, dalam perhubungan perasaan ego harus di buang jauh apatah lagi bila kamu berdua telah bergelar suami isteri. Apasalahnya bertolak ansur lah sedikit.

5. Give and Take
Tidak dapat dinafikan lagi, ada juga hubungan yang goyang akibat mereka tidak boleh menerima kelemahan pasangan mereka masing-masing. Mengapa mesti begitu? Seharunya, kamu sebagai suami isteri yang muda harus menerima kelemahan dan kekurangan pasangan kamu, kerana kamu perlu ingat, kamu juga mempunyai kekurangan. Jadi belajarlah teknik ‘Give and Take’ untuk menyelamatkan hubungan kamu berdua..

So tak de salahnya berkahwin muda nie.Semuanya datang dari hati.Sebelum lakukan sesuatu tu pikir2 lah dulu..Renung renungkan.

*SUMBER DARI cinta oh cinta
majalah REMAJA online
:oleh Lany Azman