Pages

1 December 2012

Saga FLX...

cantik kan.....harga pun mampu dimiliki..
Assalamualaikum, guys bertemu lagi hihihhi.hum nampak kete kat atas tu kn dengan jelasnya kan aku minat lah.Memang tidak dinafikan kereta Proton semakin canggih mengikut peredaran zaman.kete buatan malaysia harga pun rasanya mampu milik kalau bank bg buat load kan hihihihihi hum apa yang aku tahu Kelebihan Saga FLX 1.3L adalah kerana ia dapat menjimatkan penggunaan petrol dengan menggunakan teknology CVT bersama enjin CamPro. Kadar penjimatan penggunaan petrol ialah 10% bagi pemanduan di highways dan 4% bagi kawasan bandar.hum sebab tu lah rasa macam tertarik je nak pakai..walaupun dah ada kete tapi rasa macam nak memilikinya tau..

kereta sekarang?hum memang sayang sangat, tak kan jual, walaupun kereta biasa2 je, tapi bermakna dan terlalu banyak kenangan..lagi pun sayang dengan club My@Pc. hum gambar tu sebagai gambar hiasa je kalau ada rezeki pakai nanti alhamdullilah lah hahahhaha..dalam proses lagi colournya nanti aku update ek.. daripada membazir duit gaji dari buat benda bukan2 baik beli kereta kan lagi pun ada yang membantu :) hihihihi.hum kat sini aku nak share sikit tentang kete nie serba sedikit...

Untuk Saga FLX 1.3L Executive, terdapat ciri tambahan iaitu air-bags untuk pemandu dan penumpang hadapan, ABS dan Electronic Brake-Fprce Distribution (EBD).

Berdasarkan beberapa maklumat terkini, terdapat 4 varian Saga FLX bakal menemui pelanggan, termasuk 1.3 CVT Executive (spek tertinggi), 1.3 MT (manual) Standard dan 1.3 MT (manual) Executive. Kesemua varian dilengkapi enjin CamPro IAFM, 4-Silinder DOHC dengan keluaran kuasa 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum. Transmisi boleh didapati sama ada manual lima kelajuan atau CVT enam kelajuan.

 Walaupun comel tapi Proton Saga FLX memang kelihatan menarik dengan reka bentuk yang up to date sekali tengok dari belakang ada ala-ala potongan Mez C-Class pulak tu.hihihiih Proton Saga FL telah dinobatkan Kereta Nasional terlaris menewaskan Produa MyVi. Dengan kehadiran Proton Saga FLX pasti mengukuhkan lagi kedudukan Proton di pasaran Automobil Malaysia. Jenama Proton ini memang semakin meningkat sehingga terpilih jenama ke lima paling dipercayai di UK. Tapi adakah kita sendiri yakin dengan Jenama Kereta Nasional.bagi aku aku ok je..aku sendiri pun masih memandu kereta buatan malaysia.proton Perdana.so rasa ok je kete buatan malaysia nie..tak salah meyokong buatan malaysia kan.
Wassalam..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...