Pages

8 January 2013

Tentang Cinta

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

hai u all pe khabar.anyway hari nie tetiba pulak nak sharing gan u all tentang Cinta wah jiwang gitu kan.no!no!no! bukan apa time keje malam macam nie lah banyak sangat masa aku nak membuzy kan diri gan blog nie.

Diterjemahkan dari buku MEN FROM MARS,WOMEN FROM VENUS.ia menjelaskan FAKTA kenapa LELAKI dengan PEREMPUAN asyik bergaduh,kenapa lelaki EGO dan perempuan agak EMOSIONAL. sharing is caring kan so aku bg tau lah nie apa yang aku baca fakta mengenai lelaki.

1. Lelaki tertarik dengan Wanita bukan daripada rupa paras,tetapi daripada segi kekemasan penampilan dan kematangan perempuan tu.

2. Bila lelaki cakap, "saya tak faham lah dengan awak ni" maksudnya dia tidak memahami sikap anda bukan diri wanita sendiri.Cara wanita berfikir tak sama seperti lelaki.

3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang wanita *jadi rajin2 lah senyum,but senyum tu biarlah ikhlas.

4. Perkara 'sensitif ' bagi lelaki bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.

5. Jangan Cabar lelaki dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia mahu buktikan jugak. jadi cabar lah mereka untuk benda-benda yang akan mendatangkan mafaat kepada anda.

6. Bila lelaki berkata " tinggalkan saya seorang diri " itu bermaksud "saya harab awak boleh ada di sisi dan menemani saya".

7. Lelaki tidak akan memilih wanita yang 'gedik' sebagai isteri kerana mereka tetap mengutamakan wanita yang sopan santun.

8. Bagi lelaki sayang itu tidak diluahkan dengan kata2 tetapi lebih dengan memberi perhatian dan ambik berat tentang seseorang wanita itu.

9. Kadang2 lelaki tiada keputusan muktamat.

10. Lelaki kebayakkannya suka wanita yang pandai masak dan buat kek.

11. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaaan cinta.Bila dia tahu wanita percaya dia, lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.

12. Lelaki pun menangis bila ada sesuatu yang meyentuh hatinya. **ok so sweet kan huhuhuhuhu

13. Bila lelaki menelefon wanita atau ingin memualakan perbualan,soalan pertama yang lazimnya akan ditanya " tengah buat apa? sibuk ke? atau awak dah makan ke? "

14. Sebelum mempercayai seseorang lelaki,ujilah dia dahulu. tetapi jangan berpanjangan, bimbang dia Bosan dan anggap wanita tidak percayakan dia.

15. Lelaki BENCI kekotoran di bajunya walaupun kotoran tersebut kecil sahaja. Namun tidak semua lelaki begitu kerana ada jugak lelaki yang tidak kisah kelihatan begitu.

16. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka walaupun kadang-kadang tersalah beli.

17. Bila lelaki katakan " awak nampak cantik " tu bermaksud dia suka anda begitu.

18. Bila lelaki mintak peluang kedua untuk betulkan kesilapannya, berilah ia ruang. Tetapi pastikan dia tidak melakukan @ megulangi perbuatan yang sama.

19. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat daripada pandangan mata kasar.

20. Dalam perbualan jika lelaki tiba-tiba terdiam, wanita perlu katakan sesuatu.

21. Lelaki juga suka wanita yang Penyayang.

22. Bila betul-betul Serius dalam perhubungan, seorang lelaki akan menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan, dan juga lebih daripada cara anda menyayangi lelaki tersebut.

ha.jelas kan..ada betulnya juga bila dikaji2 dan ditanya2 kepada beberapa kawan lelaki mak jemah ye hihihihihihi kadang2 kita sebagai wanita rasa sesuatu perkara tu tak patut tapi kadang2 lelaki akan rasa biasa2 je. so relax kan.hum so pandai2 lah jaga hubungan kalian kalau dah jodoh tak kemana kan.
mak jemah nie pun pandai sharing je,kadang2 tak faham jugak perangai lelaki nie.
ok lah nanti kita jumpa lgi kat next entry k may be ada lagi benda yang mak jemah nak share kan .
bye...wassalam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...