Pages

28 February 2013

Assalamualikum & Salam 1 Malaysia...

Tengah2 malam macam nie tetiba nak bercakap soal cinta huh over....hahhah tak lah saja2 je lah nak cakap tapi tak tahu macam mana..soal hati dan perasaan susah untuk diterjemahkan dalam bentuk bahasa cuma mudah difahami diri yang merasa je kan.. hum apa pendapat korang??sekarang semuanya nak "Bercinta selepas Kahwin"..bagus memang bagus...aku pun teringin jugak sebenarnya **nak jugak...

hum tahu kan status aku yg menjadi permasalahan besar pada diri nie..macam mana pulak nak cakap tentang bercinta selepas khawin kan...haha xoxo......=_=.

Aku seorang yang gemar bersosial dari dulu hingga sekarang....may be sekarang kurang sedikit dan lebih berjaga2 dalam segala hal untuk menjaga percakapan orang sekeliling dari mengata.tapi tentang hati dan perasaan......Tapi TIPU lah kalau aku kata aku tak de keinginan untuk bercinta, dicintai dan mencintai **nk rasa macam dulu2)....but bukan aku sorang je semua orang akan rasa macam tu right? perasaan ingin bercinta lumrah sebagai manusia,dicipta bernafsu, berperasaan dan mempunyai keinginan..kita hanya manusia biasa.

Masalah nye sekarang nie tak de apa pun cuma nak mengenali seseorang tu perlukan masa so macam mana nak bercinta selepas khawin kan.tapi  disebabkan ingin mengenali sebelum berkahwin tu lah kadang2
lebih menjurus kepada bisikan syaitan..macam aku katakan tadi kita hanya manusia biasa..tu yang takut tu.
jadi apabila kita berkenalan atau dirisik oleh seseorang tu,kita perlu tahu sedikit sebanyak sikap dan karakter diri seseorang tu.sebab tu lah Rasulullah saw sendiri menyuruh kita bertaaruf..dan pada masa yang sama dan ketika tu jugak lah rasanya kita kena tengok pada diri orang tu ada tak karakter yang kita mahukan means ciri2 lelaki idaman kita lah hehehheh so kalau ada tak jadi masalah untuk setuju je lah kan.
bukan memilih tapi kena ingat lah orang yang akan kita terima tu adalah orang yang akan hidup bersama kita.

Tapi AWAS....sebelum membuat keputusan besar dalam hidup kita,istikarah lah kepada Allah terlebih dahulu supaya keputusan yang kita buat tu bakal diambil dari pertunjuknya **aku rasa macam nak suruh mak n bah buat sekali)..bukan atas dasar hawa nafsu semata-mata. "Jika benar 'dia' utk kita, jangan berhenti untuk terus memohon supaya dipermudahkan segalanya.....Insaallah Allah tu Maha mendengar. keserasian tu lebih mudah dicapai jika kita berada di bawah redha Allah.

Yang ditakutkan Bila syaitan tu menghasut....jika baru bercinta dihasutnya supaya 'lebih mengenali', nak suruh buat maksiat lettew. jika sudah buat keputusan untuk berkahwin, dihasutnya supaya timbul salah faham, nak halang kita 'saling mengenali' secara halal lettew. syaitan sangat benci melihat anak adam berumah tangga kerana periuk nasi utama mereka akan 'basi'.cepat dan telus selepas diijab qabulkan kerana kita berdua sudah berada di landasan yang betul.

Timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi kita pun kena kahwin? mengisi kekosongan dihati? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.
see...hum memang sukar nak difahami....aku rasa macam mengalaminya sekarang..oppps...!!!! syuuuuu senyap2,ye betul bila nk membuat keputusan tu tetiba rasa errr sukar nak cakap takut salah but dalam masa yang sama macam betul...dalam masa yang sama jugak sedih err bg aku aku tahu alasannya.hum complicated....

Suami adalah segala galanya selepas Allah dan Rasul saw.....jika dulu rasa cinta antara aku dan dia hanya sementara dan hanya sepanjang itu je jodoh kami.....dan sekarang mungkin dah jodoh untuk aku dan dia selama-lamanya insaallah.....jika benar buat apa lagi bazirkan Cinta kepada lelaki lain kalau akhirnya nanti yang bakal sehidup semati, bersusah senang dengan kita adalah suami kita.... dan betul lah kata2 dari seorang blogger tu bahawa tidak sewajarnya kita memberikan sedikit pun rasa cinta kita kepada lelaki lain sedangkan nanti yang menanggung DOSA kita adalah suami kita..

Insaallah mudah mudahan segalanya dirahmati olehNYA.....rasa Cinta dan Sayang aku tak pernah pudar untuknya hanya Allah yang tahu...dan pada rahmatnya jika benar dengan izinya dia adalah Jodoh ku Terima Kasih ya Allah.....seseorang yang memahami dan dapat terima diri ini dengan adanya..Insaallah

Bicara Hati:
Rohayu Sohor
1.27am

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...