Pages

20 July 2012

ESOK PUASA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
-Salam jumaat, Salam meyambut puasa pada semua umat islam

Rasa nya sekejap je masa berlalu...pejam celik...pejam celik dah nk puasa balik...seronok memang seronok kn....kalau time budak2 dulu bila nk masuk je bulan puasa,mood tok puasa tu separuh je tp awal2 puasa mood nk raya tu dah ada dah sebab dapat banyak barang baru kan.kasut baru,baju baru,dan macam2 lagi lah yg baru....yang paling ditunggu-tunggu nak kumpul duit raya....hhihi

Tp tu budak2 dulu lah, skung dah banyak yg tak dapat terutama duit raya walaupun dalam hati nak tp kalau ada org ulur duit raya malu giler rasa nk ambik sebab dah tua pun hahahha tak lah tua mana...hum... sepanjang bulan puasa tahun2 sudah memang banyak lah kisah di sebalik ramadhan tp paling yang meninggalkan kesan macam parut yang tak akan dapat hilang...Puasa tahun lepas "2011"...paling banyak meninggalkan kenangan pada keluarga,kehidupan dan terutama sekali pada diri nie....keparahan dalam emosi dan mental untuk melalui semua nie.....

Sabar...Kesabaran yg amat diperlukan. kekuatan jugak kalau boleh seluas lautan...nak kan kekuatan ,kesabaran dan ketabahan tuk lalui semua nie....perit nk lalui macam kena lalu kat tempat yang penuh dengan duri,kaca,benda2 tajam yang seangkatan dengan pisau parang atau apa2 lah..... hum.... kalau nk diikutkan memang tak nak lalui bulan puasa tp apakan daya...semuanya urusan ilahi puasa tetap akan datang setahun sekali...hum..nie baru nak puasa..maksud aku esok nk puasa dah rasa macam lost n down sangat...bila raya nanti errr malas nk pikir ...kalau boleh lompat bulan nk lompat je terus ke bulan berikutnya supaya tak yah lalui 2bulan nie...

Tapi bulan Ramadhan nie lah time kita nk memperbanyakkn ibadah kita kn... "jadi kenapa lah aku pikir macam tu..macam org tak de iman" Ya Allah....hum.bulan puasa nie jugak lah kita dapat bantu perut kita yg dah lama bekerja nie...sekali sekali bg lah dia rehat jap kan...bulan puasa jugak ada solat terawih memang seronok...mana ada kat bulan2 lain hum..so memang special kan...dapat puasa dapat solat than yg paling syoook slalunya bulan puasa nie lah dapat bekumpul adik beradik "bg yang dok jauh2 lah....macam aku nie adik beradik dekat2 je tp syoook jugak sebab selalulah kami dapat makan ramai2..than memikir nk masak apa tok juadah berbuka...tp lg seronok kalau ada yg tersayang kan..hum stay in my memory waktu dengan ter♥ tu....

Kalau diingat memang seronok tp makin teruk lah kecederaan emosi nanti...bersyukur dengan kehidupan skung....belajar menerima apa yg ada didepan mata....macam yang slalu kita dengar " kadang2 allah hilangkan matahari......rupanya pelangi yang diberinya" hum cantiknya pelangi kan.
terharu bila ada pulak yg menghargai ...lakukan apa je buat diri nie gembira....TERIMA KASIH..

-**pada yang ter♥ harab B gembira bila saya gembira...tp saya pasti menangis bila saya gembira kerana saya teringatkan awak....kerana banyak kegembiraan saya datang dari awak....bila ada yg buat saya gembira... saya rasa macam mimpi je...tp tak pernah dan tak sedikit pun saya lupakan awak..harab orang yang membuatkan saya gembira tu faham...sebab seikhlasnya saya memang happy...





4 July 2012

SYAABAN MUNCUL LAGI...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ini 14 Syaaban (4 Julai 2012 ) maknanya waktu maghrib ni malam nisfu syaaban....Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya....

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh)
 adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam LailatulQadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri. Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Dalil

Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata : "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a berkata: "Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha' hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar."

 Malam pengampunan

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan)."

Musyahin menurut tafsiran Imam al-Auza'i bermakna setiap pelaku bidaah yang memisahkan diri daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah (Muhammad S.A.W).
Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani': Saya bertanya Ibnu Thauban tentang makna musyahin, maka beliau berkata: Iaitu orang yang meninggalkan sunnah Nabi S.A.W, orang yang menikam umatnya dan menumpahkan darah mereka.
Dalam riwayat lain pula Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya."
Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah r.a berkata: "Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah S.A.W, maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda S.A.W di Baqi' sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda S.A.W bersabda: "Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?" Aisyah r.a berkata: "Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain."
Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."
Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca: "Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh saudaraku, Daud a.s "Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya."
Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: "Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka."
Daripada Abu Darda' r.a, bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal.
"Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim."
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dari Aisyah r.a. yang menjelaskan perginya Rasulullah S.A.W ke Baqi' dan turunnya Tuhan pada Nisfu Syaaban ke langit dunia, mengampunkan dosa-dosa manusia sekalipun lebih banyak dari bulu kambing biri-biri Bani Kalb. Namun dikatakan sanad hadis Aisyah ini lemah dan terputus


 Doa dikabulkan

Abu Sa'id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka Aisyah berkata, "Wahai Abu Sa'id! Ceritakanlah kepada saya suatu hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah S.A.W, maka saya akan menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda S.A.W."
Berkata Abu Sa'id r.a, "Apabila Rasulullah S.A.W keluar solat Subuh, Baginda S.A.W akan membaca: "Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku."
Dalam riwayat lain Rasulullah S.A.W berkata kepada Aisyah: "Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?" Aisyah berkata, "Saya berkata, "Bukan begitu, wahai Rasulullah!" Sabda Baginda: "Telah datang kepada saya Jibril a.s. dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak."
Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda S.A.W kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda, "Wahai Aisyah! Adakah kamu telah mengetahuinya?" Saya berkata, "Ya." Baginda bersabda, "Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril a.s. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud."

Hari nie...rasanya jika ini adalah hidup ku yang terakhir......ingin sekali meraung memohon agar segala yg telah aku lakukan diampunkan Allah...terlalu banyak rasanya kesalahan yg telah dilakukan hanya allah yg dapat menentukan segalanya................

Magrib dah pun berlalu tutuplah buku amalan diri ini Ya Allah..terlalu takut rasanya.kerana tahu bnyak lagi kesalahan yg aku telah lakukan tanpa sempat memohon ampun padamu Ya Allah......Ya Allah sekiranya ini malam terakhirku adakah aku dapat bertemu dengannya Ya Allah...dimanakah aku Ya Allah......adakah kau mengampunkan Dosaku Ya Allah.....

Semoga diri ini dan rakan pembaca mendapat hidayah pada malam nie..dan sama2 lah kita berdoa untuk kehidupan yg lebih diberkati....insaallah BARAKALLAHU FIK...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...