Pages

28 February 2013

Assalamualikum & Salam 1 Malaysia...

Tengah2 malam macam nie tetiba nak bercakap soal cinta huh over....hahhah tak lah saja2 je lah nak cakap tapi tak tahu macam mana..soal hati dan perasaan susah untuk diterjemahkan dalam bentuk bahasa cuma mudah difahami diri yang merasa je kan.. hum apa pendapat korang??sekarang semuanya nak "Bercinta selepas Kahwin"..bagus memang bagus...aku pun teringin jugak sebenarnya **nak jugak...

hum tahu kan status aku yg menjadi permasalahan besar pada diri nie..macam mana pulak nak cakap tentang bercinta selepas khawin kan...haha xoxo......=_=.

Aku seorang yang gemar bersosial dari dulu hingga sekarang....may be sekarang kurang sedikit dan lebih berjaga2 dalam segala hal untuk menjaga percakapan orang sekeliling dari mengata.tapi tentang hati dan perasaan......Tapi TIPU lah kalau aku kata aku tak de keinginan untuk bercinta, dicintai dan mencintai **nk rasa macam dulu2)....but bukan aku sorang je semua orang akan rasa macam tu right? perasaan ingin bercinta lumrah sebagai manusia,dicipta bernafsu, berperasaan dan mempunyai keinginan..kita hanya manusia biasa.

Masalah nye sekarang nie tak de apa pun cuma nak mengenali seseorang tu perlukan masa so macam mana nak bercinta selepas khawin kan.tapi  disebabkan ingin mengenali sebelum berkahwin tu lah kadang2
lebih menjurus kepada bisikan syaitan..macam aku katakan tadi kita hanya manusia biasa..tu yang takut tu.
jadi apabila kita berkenalan atau dirisik oleh seseorang tu,kita perlu tahu sedikit sebanyak sikap dan karakter diri seseorang tu.sebab tu lah Rasulullah saw sendiri menyuruh kita bertaaruf..dan pada masa yang sama dan ketika tu jugak lah rasanya kita kena tengok pada diri orang tu ada tak karakter yang kita mahukan means ciri2 lelaki idaman kita lah hehehheh so kalau ada tak jadi masalah untuk setuju je lah kan.
bukan memilih tapi kena ingat lah orang yang akan kita terima tu adalah orang yang akan hidup bersama kita.

Tapi AWAS....sebelum membuat keputusan besar dalam hidup kita,istikarah lah kepada Allah terlebih dahulu supaya keputusan yang kita buat tu bakal diambil dari pertunjuknya **aku rasa macam nak suruh mak n bah buat sekali)..bukan atas dasar hawa nafsu semata-mata. "Jika benar 'dia' utk kita, jangan berhenti untuk terus memohon supaya dipermudahkan segalanya.....Insaallah Allah tu Maha mendengar. keserasian tu lebih mudah dicapai jika kita berada di bawah redha Allah.

Yang ditakutkan Bila syaitan tu menghasut....jika baru bercinta dihasutnya supaya 'lebih mengenali', nak suruh buat maksiat lettew. jika sudah buat keputusan untuk berkahwin, dihasutnya supaya timbul salah faham, nak halang kita 'saling mengenali' secara halal lettew. syaitan sangat benci melihat anak adam berumah tangga kerana periuk nasi utama mereka akan 'basi'.cepat dan telus selepas diijab qabulkan kerana kita berdua sudah berada di landasan yang betul.

Timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi kita pun kena kahwin? mengisi kekosongan dihati? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.
see...hum memang sukar nak difahami....aku rasa macam mengalaminya sekarang..oppps...!!!! syuuuuu senyap2,ye betul bila nk membuat keputusan tu tetiba rasa errr sukar nak cakap takut salah but dalam masa yang sama macam betul...dalam masa yang sama jugak sedih err bg aku aku tahu alasannya.hum complicated....

Suami adalah segala galanya selepas Allah dan Rasul saw.....jika dulu rasa cinta antara aku dan dia hanya sementara dan hanya sepanjang itu je jodoh kami.....dan sekarang mungkin dah jodoh untuk aku dan dia selama-lamanya insaallah.....jika benar buat apa lagi bazirkan Cinta kepada lelaki lain kalau akhirnya nanti yang bakal sehidup semati, bersusah senang dengan kita adalah suami kita.... dan betul lah kata2 dari seorang blogger tu bahawa tidak sewajarnya kita memberikan sedikit pun rasa cinta kita kepada lelaki lain sedangkan nanti yang menanggung DOSA kita adalah suami kita..

Insaallah mudah mudahan segalanya dirahmati olehNYA.....rasa Cinta dan Sayang aku tak pernah pudar untuknya hanya Allah yang tahu...dan pada rahmatnya jika benar dengan izinya dia adalah Jodoh ku Terima Kasih ya Allah.....seseorang yang memahami dan dapat terima diri ini dengan adanya..Insaallah

Bicara Hati:
Rohayu Sohor
1.27am

18 February 2013

BAHAYA BEDENGKUR semasa tidur

Assalamualikum & Salam 1 Malaysia

Pagi tadi  bagun je dari tido terus mata nie tgok tv MHI (Malaysia Hari Ini) tajuk yag dibincangkan bahaya bedengkur semasa tido...hum disebabkan tido depan tv pagi tadi dapat lah dengar tanpa bangun dari tilam tok basuh muka dan sebagainya terus je tgok tak nak ganjak2 kau..tak senonoh!...bukan apa baru tahu yang betengkur nie bahaya dan sejenis penyakit jugak....

Tetarik sngat nak dengar sebab nya diri nie memang kuat lah sangat betengkur tau.mana tahu? hum tentu2 lah mak aku yang do serumah gan aku tu yang habaq mai kat aku hahhaha mak memang 'benggang' kalau aku tido dulu dari dia katanya tak dapat tido bunyi dengkuran aku kuat tau....kadang2 yang lucunya baru je letak kepala terus bunyi....tak tahu kenapa boleh bedengkur sekuat tu dulu tak pulak tido bedengkur nie.tapi semenjak badan dah semakin sihat dan membesar nie GEMUK aku memang bedengkur bagai nak rak kau.
so kat sini nak lah aku share sedikit sebanyak tentang persoalan tentang dengkur nie,

Bahaya berdengkur ?Berdengkur sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim dalam kalangan masyarakat kita kini, namun tahukah anda berdengkur sebenarnya gambaran awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius.

Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.

Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu.

Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik.

Menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Dr Mazita Ami, punca berdengkur disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat sewaktu tidur terutama sewaktu tidur nyenyak dan ia boleh dipengaruhi pengambilan alkohol atau ubat-ubatan sebelum tidur.

“Saluran pernafasan tersumbat boleh berlaku pada bahagian hidung atau kerongkong atau kedua-duanya sekali. Oleh itu kehadiran tisu tonsil atau adenoid yang besar, polip hidung, tulang hidung yang bengkok dan pesakit yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher pendek dan besar akan meningkatkan risiko masalah berdengkur,” katanya.
Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali ‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen dalam darah pesakit.



Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Adalah penting bagi pesakit mendapat nasihat pakar untuk mengetahui sekiranya mereka mempunyai masalah ‘sleep apnea’. Masalah ini mempunyai beberapa tahap serius mengikut hasil kajian tidur yang dijalankan ke atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri.

Menerusi kajian ini, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit.

Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan ‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan.

Pesakit yang obes juga dinasihat untuk mengurangkan berat badan.

Tegasnya, berdengkur bukan masalah lazim yang patut diterima bila umur meningkat. Ia boleh membawa masalah ‘sleep apnea’ yang serius dan memudaratkan kesihatan pesakit. Mereka yang mengalami masalah tidur bersama gejala mengantuk waktu siang, sakit kepala, keletihan dan masalah emosi perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan.

Langkah pencegahan dengkur.

1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan.
2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur.
3. Memilih posisi tidur secara mengiring.
4. Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari.
5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.



Malu...memang malu tau nak2 bila tido umah orang macam mana lah agaknya kan??hum cmfm terkezut besar orang dengar...errrr tabiat apa kah ini.hum MASALAH betul memang masalah. kena cari jalan nie... nk kuruskan berat badan tu yag sush..hope one day dapat lah hilang masalah dengkur aku nie....

shuuuhhhhhhshuuuhhhh    plz Go AWAY........



16 February 2013

Untungnya Wanita

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia....

ada sarang spider...hahhaha lama tak update blog kesian.buzy dengan kehidupan seharian..banyak benda nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana..so tak payah cerita lah kan.hehhehehehe.saja hr nie nak share sikit info yang diperolehi dari fb seorang BFF..nak cerita panjang pun tak guna kan hehhehehe

~ UNTUNG NYA WANITA ~

1.) Dia bekerja dengan Allah jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) C...uti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang , sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosanya.. lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA ~ wallahua'lam..

Sumber : Mama & Baby Comel Penmerah
See More

Allhamdullilah diri ini jugak seorang wanita.....subhanallah indahnya kan..Terima kasih Ya Allah menjadikan aku seorang Wanita.
-Rohayu Sohor- 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...