Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
Salam Jumaat semua...(cisss macam ada je yang mengentry blog aku nie kn) whatever janji suatu hari nanti aku boleh jadikan ini sebagai kenangan dalam hidup bila tua2 nanti *kalau dipanjangkan umur leh lah aku baca n tell kat anak2 kan cewah berangan jap kan hheheh ok tak silap aku last week majalah 3 yang kat tv3 tu ada cover pasal Hutan Negara Belum...di Perak.Hutan yang tertua n masih terjaga dari segala nilai.
ok bercerita pasai tu ianya bermula dari aku tengok majalah 3 tu lah coz sebelum nie tak pernah pulak tahu pasal taman negara tu ok apa yang menarik minat nie ialah tempat tu sangat nice tau than aku teringin lah sangat nak kesana....nak rasa dan menikmati apa yang ada disana..ketenangan dengan keindahan ciptaan Allah.
Dari portal rasmi Majlis Daerah Gerik...terdapat banyak info tentang hutan lipur Belum nie atau lebih dikenali sebagai Taman Negeri Royal Belum....apa yang aku dapat kongsikan disini Hutan Belum ialah: Hutan Hujan Tropika. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!!!
Terletak di utara hujung Perak, pelancaran taman royal belum menandakan "major milestone" dalam pemuliharaan sejarah negara. Sebagai taman terakhir di semananjung yang akan dibuka kepada umum untuk pelancongan, rancangan pengurusan taman secara terperinci menjadi isu yang amat penting.ok macam yang majalah 3 tu cakap Hutan belum nie mendapat nama dari seekor belalang besar yang menghuni hutan ini dan mengeluarkan bunyi Belum, belum, beluuuummm! Oleh itu, hutan ini telah diberi nama Belum.
- 3H/2M penginapan di bilik Superior untuk 2 Dewasa
- Set/Buffet Sarapan Pagi Harian di Hornbill Restaurant
- Trekking Petang/Malam atau lawatan di sekeliling Pulau Banding. (Boat Cruise)Tertakluk kepada syarat. (Minima 5 orang)
- Aktiviti Kayak Buluh (Bamboo Rafting)
- 30% diskaun untuk aktiviti riadah yang ditawakan di Belum Rainforest Resort
- “Welcome Mocktail” untuk 2 orang di Tor Tambra Rainforest Bar
- 15% diskaun untuk minuman di Tor Tambra Rainforest Bar
Berikut adalah beberapa pakej yang ditawarkan:
TEROKAI BELUM- Menerokai Hutan Hujan DiRaja Belum
- Menjejaki bunga Rafflesia
- Mengunjungi penempatan Orang Asli di Sg Kejar
- Menjelajahi ke kawasan Sira Gajah “Salt Lick” di Jenut Papan
- Menikmati makan tengahari sambil berkelah di Air Terjun Sg Ruok
- Menerokai Hutan Belum
- Menjejaki bunga Rafflesia
- Menikmati makan tengahari sambil berkelah di Air Terjun Sg Enam
- Menerokai Hutan Belum
- Menjejaki bunga Rafflesia
- Mengunjungi penempatan Orang Asli.
- Aktiviti memancing di Tasik Belum – Temengor
- Pengunjung digalakkan untuk membawa peralatan memancing sendiri
- Untuk aktiviti ini, pengunjung digalakkan untuk menempah seminggu lebih awal
- Menerokai dan menikmati panaroma indah hutan Pulau Banding di waktu malam.
- Waktu tempahan tamat pada pukul 4:00 petang.
- Minima 2 orang untuk setiap sesi jelajah.
- hum best kan memang teringin sangat nak berhoneymoon kat sini tau....tak kisah lah dalam hutan pun tp aktiviti yang ada kat hutan Belum tu betul2 mencuri hati nie hahhahahaha mesti romantik kan....hope suatu hari nanti dapat lah kaki nie melangkah kesana...amin
- DENAI TEMENGOR
MEMANCING
MENJELAJAH BANDING DI WAKTU MALAM