Pages

28 November 2012

RANCANG percutian....

INDAHNYA lah kalau dapat ge bercuti kan nie asyik kerja je,

Assalamualikum WBT & Salam 1 Malaysia..hum cuti2 sekolah nie mesti ramai yang nak ge bercuti kan ye lah sesekali dapat merehatkan minda dan tubuh dari stess bekerja..ke mana agaknya destinasi percutian korang semua.macam aku tak kemana pun hajat dihati memang lah nak sangat bercuti sehari dua pun cukup lah untuk ge bercuti kan.tapi hum memang tak dapat lagi lah nk cuti2 nie sebab staff kat tempat kerja pun tak cukup skung nie..bukan takat nak ge bercuti kena tambah ot ada lah hihihihihihi..tak pelah kan janji masyukkkkk.

Hum pada korang2 yang nak ge bercuti tak kira kat mana pun korang nak ge bercuti, pastikan rancang percutian dahulu. persiapan lokasi percutian yang paling penting. perbelanjaan wang jugak kena rancang agar mencukupi dan tidak terlalu menbazir. paling mudah skung nie boleh buat rujukan dulu kat internet kan atau pun tanya pada rakan 2lain yang dah perbah ge bercuti ke tempat yang korang nak ge tu.

Ok bagi aku bila nak ge bercuti yang paling penting adalah duit@wang sebab zaman sekarang nie apa2 pun nak kena guna duit...duit macam air je sekarang. bercuti, bercuti jugak tapi jangan jadikan percutian kita tu sebagai percutian yang akan membebankan bukan yang meyeronokkan..hum sebab tu kita kena rancang percutian kita tu...
Aku nie nak sangat pergi melancong ke luar negara tau,,tapi masih tak mengizinkan lagi.hari tu air asia ada buat promosi tapi bila dicatu2 balik kos nye mahal jugak than bila nak ge jauh2 nie mesti ada orang yang kena teman kan huhuuhuhu hum so kena tangguh kan dulu lah hasrat yang tinggi menggunung dihati nie..

Dapat bercuti dalam negara pun dah ok dah..ok apa negara kita Malaysia nie punya lah banyak tempat nak melancong tau.aku sendiri pun belum habis lagi ge melancong tempat2 yang menarik kat malaysia nie... kalau kat dalam Malaysia nie tempat yang paling aku nak sangat kalau pi bercuti adalah kat pantai.hihihihi sebab kat tempat aku duk skang tak de pantai so kalau sekali sekala dapat ge bercuti kat pulau nie wah mesti syoook kan.ada angin sepui sepui  bahasa gitu hum..lamanya tak ge bercuti kat pulau!!!!bilakah masa nya tu?

Aku nie tak de lah selalu ge bercuti, tapi aku nak kongsikan sikit kalau kita nak ge bercuti yang paling penting Bajet semasa bercuti.sediakan anggaran perbelanjaan semasa bercuti termasuk kos penginapan, makan, pegankutan dan sikit untuk ole2 kepada yang lain..hum kalau nak bercuti keluar negara boleh tukar lah mata wang negara yang kita nk ge tu kat malaysia je, sebab bila nak tukar kat sana nanti akan menyusahkan diri sikit lagi pun cara nie dapat mengelakkan kita dari ditipu semasa menukar wang. dan yang penting kena tahu lah jumlah mata wang asing tu dengan jumlah mata wang kita terutama waktu nak membeli belah.supaya tak membazir. Kalau dah ge bercuti tu mesti lah kita tak bawak kenderaan sendiri kan kalau bercuti jauh2 so pilih je pegangkutan yang murah. kalau boleh simpan 20% daripada anggaran perbelanjaan untuk dijadikan wang kecemasan. yelah malag tak berbau kan manalah tahu kang ada kecemasan yang berlaku jadi kita dah ada persediaan awal.

Peta jugak antara yang terpenting bila pergi bercuti.kalau kat dalam malaysia tak pe lah sesat macam mana pun stay boleh balik umah lagi kan...so tak salah kalau kita stanbay je peta lokasi perlancongan kita tu. KALAU BERCUTI KE LUAR NEGARA lebih abik gunakan wang tunai yang dah ditukar.bukan apa bila korang guna kad kredit caj perkhidmatan atau faedah yang dikenakan tinggi..tu manager aku lah cakap. dan yang paling penting jangan lupa belikan ole2 untuk family n kawan2..

SELAMAT BERCUTI SEMUA......jaga keselamatan dan semoga percutian korang akan menjadi percutian yang terindah untuk tahun nie...dan pada kawan2 yang baru khawin tu selamat berhoneymoon lah ye..


salam Ukhwah,
Rohayu Sohor.
-Tanamkan azam utk tahun depan agar menjadi insan yang lebih baik daripada tahun nie.
hidup untuk dinikmati bukan untuk dikhianati..semoga percutian korang untuk pengakhir tahun ini dirahmati.

MEMUJUK SAHABAT !

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

SELAMAT PAGI guys! hope hari nie semua kawan2,sahabat2,pembaca blog n semua bloger2 sihat2 hendaknya.sambil meyelam minum air..tapi jangan sampai tersedak sudah lah sebab banyak tertelan airnya hihihihihihi sebba apa cakap macam tu tengak kerja nie sebenarnya tapi tetap nak entry Blog kesayangan nie kejap.

pagi tadi before masuk keje singgah seven7 jap hajatnya nk beli roti or apa2 lah tok sarapan pagi tapi terbeli majalah Dara.com pulak hum best jugak story Edisi nie.so kat sini ada benda yang aku nak kongsikan sikit gan semua..TIP SAHABAT...sebab sahabat@kawan antara yang selalu ada dengan kita dalam kehidupan seharian kan so tak salah kalau kita tahu tip untuk Memujuk sahabat kan.,teks yang paling aku suka dari penulisnya Nor Hafizah Md Shah ialah :

"jangan terlalu EGO dengan sahabat sendiri. Berkawan bukan untuk sejam dua, tetapi untuk selama-lamanya......"
HUm ada betulnya kan.....jadi bila ada perselisihan faham tu tak salah kalau kita mengalah atau cari beberapa tip yang boleh kita semua gunakan untuk memujuk teman baik kita...BUKAN untuk membodek, tetapi sampai bila kita tidak mahu bersemuka dengan sahabat kita jika bergaduh kan.

  • Biarkan Seketika
selepas berlaku pergaduhan atau perselisihan faham @ pendapat,maka jangan sesekali terus menegur dia yang tengah 'panas'.biarkan dia pergi buat sementara waktu.may be dia memerlukan masa untuk 'sejuk' semula.jika dia benar2 menyayangi kita,masa merajuk tu tidak akan lama. kawan-kawan kalau bergaduh biasalah sudah menjadi asam garam dalam persahabatan kan...
  • Jaga Bahasa
kalau boleh Elakkan berjumpa dengan dia ketika kita terlalu marah ye lah takut kita pulak tidak mampu menahan amarah kita yang tengah membara2 dalam hati. Apabila sudah reda, barulah kita bersua dan berjumpa, bercakap menggunakan tutur bahasa yang elok. BUDI BAHASA amalan kita. jika reaksi negatif yang diberi. teruskan kesabaran dalam diri, stay kekalkan intonasi dan janganlah sesekali menaikkan nada suara kita kerana selalunya ianya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Ambil Masa
selang dua tiga hari masih lagi tiada perubahan, perlulah kita dulu yang memulakan langkah. walaupun bukan kita yang memulakan bergaduhan.tak apa sesekali mengalah demi sahabat.Pilih masa yang sesuai untuk berdamai dan duduk di hadapan sahabat kita berseorangan.jika waktu itu dia terlalu sibuk atau pun tak sihat, maka lebih baik kita tangguhkan dulu hasrat kita untuk berdamai.
  • Bertolak Ansur
Buang sifat EGO dan tingkatkan kesabaran dalam diri. jika pertelingkahan itu berlaku bukan disebabkan kita sekalipun, jangan malu untuk menjadi orang pertama meminta MAAF.
Contohi peribadi Rasulullah SAW yang mudah memaafkan sahabat2nya. Tidak rugi andainya kita yang memulakan dahulu perkara kebaikan demi rakan baik yang disayangi.
  • Curah Perasaan
sesekali kita perlu jugak duduk berdua dengan rakan kita tanpa sebarang gangguan untuk melalui sesi meluahkan perasaan. kongsi apa sahaja yang terpendam di dalam hati sebab kadang2 ianya boleh menjadi pengubat hati tu. mana yang salah kita boleh perbaiki dan yang baik boleh diikuti. bukan kah kita dan sahabat saling memerlukan dan saling melengkapi untuk kehidupan seharian kita.
  • Berjanji
Apabila pergaduhan telah dapat diselesaikan teruskan keceriaan hari2 dengan sahabat kita dengan berjanji. Berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama di lain hari. Setiap manusia ada kekurangannya. Oleh itu, sebagai sahabat kita perlulah saling menghormati dan bantu menbantu antara satu sama lain.

ha...macam mana tip2 yang diberikan boleh lah kan diguna pakai.ye lah kadang2 memang akan terjadi perselisihan faham dengan kawan2 kan..tapi tengok jugak lah masalah apa yang terjadi tu tak semua masalah senang diselesaikan dengan cara yang sama. sebab tu aku selalu kata ada bezanya sahabat dan kawan.
-Rohayu Sohor

26 November 2012

sembang Petang..

HAi...

Sorry ok hari nie kerja aku tak banyak...free2 gitu kat Hotel nie so sambil2 tunggu guest check in bolehlah menjenguk lantas menambah2 cerita kat blog kan hihihihihihi.hum tak de apa pun nak cerita.sembang2 petang je,borak2 kosong....zaman IT sekarang nie macam2 benda lah boleh kita buat kan untuk menghilangkan boring.salah satunya macam nie lah berBLOG....semenjak BFF aku ajarkan aku pasai BLOG nie....aku suka sangat tau.tak dapat dipisahkan macam iklan DIGI tu.hhihihihi
Dari buat benda bukan2, baiklah kita buat satu kerja yang berfaedah kan, dan yang pasti nya tak sakitkan hati sesiapa dan tak kan meyusahkan sesiapa.yelah sebab blog nie blog kita kan so suka kita lah nak buat apa pun tapi yang pastinya tak keterlaluan huhuhuhu...
HUm Pelik sebenarnya dengan orang yang suka jaga hal orang. maksud aku orang yang suka cerita2 pasai orang nie.mengarut je.tak dapat apa2 pun kan.hum biasa lah kan manusia..ish bapa banyak kan kan hum what ever...bak kata pepatah melayu "mulut tempayan boleh ditutup,Mulut Orang memang2 lah tak boleh ditutup kan".betul ke peribahasa aku tu ek?? rasa macam ye je..sebab selalu dengar orang cakap macam tu kan.. hehehhehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...