Assalamualikum & Salam 1 Malaysia
Hai..morning.ok saja nk say hai sambil2 lap sawang yang ada kat sni hahahhaha kesian serius keadaan sangat mencemburui aku untuk mengEntry blog sendri huh.....tapi begitu lah keadaannye sangat sibuk semenjak dua menjak nie. maklumlah aku n staff yang lain dapat bos baru perempuan ok diulangi "perempuan" sngat serius orang nye from Australia kau. Berbuih2 lah mulut nie nak bercakap omputih gan dia..ok sebenarnya dia warganegara Malaysia tp lama menetap kat sana so dah lupa lah kononnya cakap melayu kita. serius lah! tp tak lah kesah sangat ok dia cina hahahahha kalau melayu tu hum "mak carut dalam twitter kau" hahahhq giler. may be bos baru aku nie memag dia kurang cakap melayu n madam baru aku nie makcik kepada bos besar aku ok hum..so semua staff cuak2 ah kan bak kata kerani kat hotel aku nie 'ini hotel sudah jadi macam penjara o...I bannyak taku dia punya muka banyak serius ma' ye lah makcik bos besar katakan. itu yang membuatkan tak berapa best sangat.. Aku macam biasa lah dapat bos baru tp tak tahu lg dia tu orang yang macam mana. may be nie first training tok aku terima bos baru pada masa akan datag.hahha berangan jap.. ok mesti terpinga2 n meyampah kan..benda lah yg aku dok membebal sensorang nie kan. ha aku syok sendiri je time entry blog hahhaha....disebabkan lama tak Entry banyak cerita yang aku nk cerita nie..
ok last month,aku dapat interview gov...Penolong Pegawai Tadbir N27.tak tau lah dapat ke idak so skung memag lah hati nie berdebar debar menunggu keputusan yang akan keluar pada bulan 7 nie..of course lah berharab sangat tuk dapat jawatan tu ye lah umur dah semakin meningkat memg berharab lah dapat kerja kerajaan nie.walaupun gaji kecik tp tak pe bila dah tua nanti aku ada pencen..hahahahahha
ok lg satu. penting!skuang pulak makin kerap lah aku kena jumpa pakar atas masalah obesity yang menimpa diri aku nie...doc bg aku makan ubat kencing manis..ok perhatian aku TAK DE kencing manis ok tp tak tahu lah napa ubat tu yang aku dapat..
ok bye tetiba xde mood nak taip.....syuuuu bos aku dah masuk office lah sat lg dia tgok cctv aku dok main internet lak ok bye.....ishhhh bye..nanti ek sambung lg...da..................As salammualaikum..
12 June 2013
Coretan Dari : Unknown at 11:48 0 comments
19 May 2013
kesian BLOG aku....
Assalamualaikum...
Tetiba rasa kesian kat blog aku..lama tak jenguk mula2 dulu beria sangat kan kesian....kerja pagi hr nie banyak pulak bendanye nk buat...hari2 pun macm tu asal keje je buzy gayanye lah.padahal dh 2 pagi aku dok buat benda hapa entah gan budak saiful nie..dok layan KEEK orang .buzzzzzzz
k lah betul2 tak de masa nk entry lama2 wei..but 1 thing I really miss u blog muuuaaahhhh ....sorry sangat sebab lama tak jenguk daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... *_*
Coretan Dari : Unknown at 10:51 0 comments
22 March 2013
Taman NERARA BELUM,Perak
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
Salam Jumaat semua...(cisss macam ada je yang mengentry blog aku nie kn) whatever janji suatu hari nanti aku boleh jadikan ini sebagai kenangan dalam hidup bila tua2 nanti *kalau dipanjangkan umur leh lah aku baca n tell kat anak2 kan cewah berangan jap kan hheheh ok tak silap aku last week majalah 3 yang kat tv3 tu ada cover pasal Hutan Negara Belum...di Perak.Hutan yang tertua n masih terjaga dari segala nilai.
ok bercerita pasai tu ianya bermula dari aku tengok majalah 3 tu lah coz sebelum nie tak pernah pulak tahu pasal taman negara tu ok apa yang menarik minat nie ialah tempat tu sangat nice tau than aku teringin lah sangat nak kesana....nak rasa dan menikmati apa yang ada disana..ketenangan dengan keindahan ciptaan Allah.
Dari portal rasmi Majlis Daerah Gerik...terdapat banyak info tentang hutan lipur Belum nie atau lebih dikenali sebagai Taman Negeri Royal Belum....apa yang aku dapat kongsikan disini Hutan Belum ialah: Hutan Hujan Tropika. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!!!
Terletak di utara hujung Perak, pelancaran taman royal belum menandakan "major milestone" dalam pemuliharaan sejarah negara. Sebagai taman terakhir di semananjung yang akan dibuka kepada umum untuk pelancongan, rancangan pengurusan taman secara terperinci menjadi isu yang amat penting.ok macam yang majalah 3 tu cakap Hutan belum nie mendapat nama dari seekor belalang besar yang menghuni hutan ini dan mengeluarkan bunyi Belum, belum, beluuuummm! Oleh itu, hutan ini telah diberi nama Belum.
- 3H/2M penginapan di bilik Superior untuk 2 Dewasa
- Set/Buffet Sarapan Pagi Harian di Hornbill Restaurant
- Trekking Petang/Malam atau lawatan di sekeliling Pulau Banding. (Boat Cruise)Tertakluk kepada syarat. (Minima 5 orang)
- Aktiviti Kayak Buluh (Bamboo Rafting)
- 30% diskaun untuk aktiviti riadah yang ditawakan di Belum Rainforest Resort
- “Welcome Mocktail” untuk 2 orang di Tor Tambra Rainforest Bar
- 15% diskaun untuk minuman di Tor Tambra Rainforest Bar
Berikut adalah beberapa pakej yang ditawarkan:
TEROKAI BELUM- Menerokai Hutan Hujan DiRaja Belum
- Menjejaki bunga Rafflesia
- Mengunjungi penempatan Orang Asli di Sg Kejar
- Menjelajahi ke kawasan Sira Gajah “Salt Lick” di Jenut Papan
- Menikmati makan tengahari sambil berkelah di Air Terjun Sg Ruok
- Menerokai Hutan Belum
- Menjejaki bunga Rafflesia
- Menikmati makan tengahari sambil berkelah di Air Terjun Sg Enam
- Menerokai Hutan Belum
- Menjejaki bunga Rafflesia
- Mengunjungi penempatan Orang Asli.
- Aktiviti memancing di Tasik Belum – Temengor
- Pengunjung digalakkan untuk membawa peralatan memancing sendiri
- Untuk aktiviti ini, pengunjung digalakkan untuk menempah seminggu lebih awal
- Menerokai dan menikmati panaroma indah hutan Pulau Banding di waktu malam.
- Waktu tempahan tamat pada pukul 4:00 petang.
- Minima 2 orang untuk setiap sesi jelajah.
- hum best kan memang teringin sangat nak berhoneymoon kat sini tau....tak kisah lah dalam hutan pun tp aktiviti yang ada kat hutan Belum tu betul2 mencuri hati nie hahhahahaha mesti romantik kan....hope suatu hari nanti dapat lah kaki nie melangkah kesana...amin
- DENAI TEMENGOR
MEMANCING
MENJELAJAH BANDING DI WAKTU MALAM
Coretan Dari : Unknown at 19:58 0 comments





