Pages

25 June 2012

Adakah Dia Masih SuamiKu di Akhirat Kelak?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

pagi yg indah......walaupun mengantuk sangat...hari2 pun gantuk makin pelik dengan keadaan mata yang semakin malas.........wake up!!!!semua huhuhhuhu.Hari nie rasa macm nk bercakap tentang banyak benda..
banyak yang terjadi semenjak dua menjak nie..pelbagai perkara yang normal akan dilalui oleh setiap insan tp hari nie rasa macm nk kongsi sikit tentang sesuatu yg kita sendiri tak pasti....

Pernahkah anda mendengar soalan ini…
Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?


Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”.

Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.

TAK TAHU sama ada kenyataan yang akan aku kongsikan nie fakta atau sebalaiknya..tp aku sangat yakin dengan apa yg allah tentukan untuk setiap umatnya..
Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

:: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.



2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.

:: Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.



3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

:: Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.



4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

:: Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.



5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

:: Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.



6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

:: Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

jadi selepas membaca tentang nie aku masih berfikir apa yg akan terjadi  padaku....sesungguhnya dunia kita hanya sementara...Disana kelak yag kekal selamanya...aku menyanyangi Si Dia sepenuh hati...dan sentiasa berharap akan dapat bersama Si Dia di akhirat kelak....tp sekiranya allah telah menetapkan jodoh lain untuk ku...aku tak dapat bersamanya ke?.sedangkan itu yang aku mahukan...persoalan yg tak kan dapat terjawab!!??
Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

2 comments:

Nora Karim said...

"Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir..."

Tapi jika ada jodoh Aryu dengan lelaki lain... mungkin itu ketetapan Allah buat Aryu... Apa pun kuatkan semangat dan jalani kehidupan seadanya... Banyakkan doa... agar akan ketemu si dia di syurga... Amin...

Unknown said...

Thanks madam Nora....hopefully..aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...