Pages

25 June 2012

Adakah Dia Masih SuamiKu di Akhirat Kelak?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

pagi yg indah......walaupun mengantuk sangat...hari2 pun gantuk makin pelik dengan keadaan mata yang semakin malas.........wake up!!!!semua huhuhhuhu.Hari nie rasa macm nk bercakap tentang banyak benda..
banyak yang terjadi semenjak dua menjak nie..pelbagai perkara yang normal akan dilalui oleh setiap insan tp hari nie rasa macm nk kongsi sikit tentang sesuatu yg kita sendiri tak pasti....

Pernahkah anda mendengar soalan ini…
Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?


Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”.

Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.

TAK TAHU sama ada kenyataan yang akan aku kongsikan nie fakta atau sebalaiknya..tp aku sangat yakin dengan apa yg allah tentukan untuk setiap umatnya..
Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

:: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.



2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.

:: Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.



3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

:: Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.



4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

:: Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.



5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

:: Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.



6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

:: Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

jadi selepas membaca tentang nie aku masih berfikir apa yg akan terjadi  padaku....sesungguhnya dunia kita hanya sementara...Disana kelak yag kekal selamanya...aku menyanyangi Si Dia sepenuh hati...dan sentiasa berharap akan dapat bersama Si Dia di akhirat kelak....tp sekiranya allah telah menetapkan jodoh lain untuk ku...aku tak dapat bersamanya ke?.sedangkan itu yang aku mahukan...persoalan yg tak kan dapat terjawab!!??
Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

20 June 2012

BESTNYE Retro Santai My@Pc

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.......

Salam My@Pc  }khas tok geng2 My@Pc  :)

Dengan kemalasan yg melanda diri...ditambah dengan kesibukkan yang menjadi2 dah lama rasanya tak menjengok ke sini....hum..pagi2 nie slalunya memang malas nk berblog dengan kesibukkan di tempat keje tp pagi nie...my Bff ikin yag menjadikan aku teringat kat blog nie hihihihi thanks ikin yag sedang sibuk jugak menjengah blog beliau...hahhahaha

hem....makin hari makin aku tak tahu dan menghilang idea2 aku untuk berblog apa kah masalah yag sedang dialami oleh diri ini.....banyak berfikir ah nie...hahhaha cewah ]: huhuhuhu.
baru2 nie.bercuti-cuti malaysia dengan My@Pc ke Cameron...mg santai habis lah.seronok je dapat kenal2 gan ramai org tapi dalam keseronokkan kete pulak buat hal.....adehhh kete oh kete napalah slalu buat masalah time aku nak sonok2...
hem..tingglkan masalah tentang kete tu  (-_-) yang aku nak cerita hari nie tentang percutian aku di saat tak dapat cuti hihiihi.....time tu memang tak cuti kene keja jugak tp disebabkan event nie dah lama diketahui oleh diri ini...so terpaksalah membuat kenyataan yag tak berasas untuk membolehkan diri ini tidak menghadirkan diri ke tempat keje sory bos!! (nasib bos aku tak de Blog aku nie)...tak banyak yang nak dikongsikan cuma yang paling best bila dapat join konvoi santai nie bersama geng2 My@Pc ....dapat konvoi ramai2 oooo syok gak rasanya bila skali skala berkonvoi nie...

Apa yang aku ngok bila berkonvoi nie banyak sangat kerjasama diberikan oleh setiap pilot yang terlibat.
macam satu family walaupun lain2 jentera hihihihih...so ada lah sedikit sebanyak yang boleh aku kongsikan kat sni...santai2 kami di cameron tu.Thanks a lot kepada geng2 My@Pc yang banyak membantu.maklumlah baru pertama kali join diaorg konvoi apa pun event nie mg sempoi habis lah..hope dapat join lg pada next event nanti..yang paling penting Marsall konvoi mg gempak ah :)

stiker Konvoi 32 #mcm no umah aku je hhihi




BBQ time



Kete aku yg paling tak smart weii

My@Pc santai.



24 May 2012

Alternator??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


ok lama jugak rasanya tak menyibukkan diri kat sni....so rasa hari nie nk cite pasal kete...sebab apa??mcm terey sngat pasal kete kan, bajet je tp aku tetap nk cite sebab tak terey lah aku nk jugak cite..hehhe.baru2 nie kete aku buat hal lah pulak bukan baru2 nie tp semalam...adoiiii stresss....stresss..


nak menjadikan cite nasib lah kejadian nie tak berlaku di kesesakan ibu kota KL tu sebab time tu aku ke KL nk clbrtd b'day party my Bff....so tido umah dia dengan sangatlah lena pada mlm tu....pagi nak balik bentong tu dengan muka bangga sebab nk balik dan bekerja petng aku pun start lah kete tp tak boleh..ha TAK BOLEH..muka time tu mg lah cuak giler..perkara pertama yg terlintas kat kepala otak aku time tu....."habislah mak aku membebal sebab balik lewat" adoiiii.....cmfm bateri nie..time2 nie lah nk kong...tp pelik aku baru je tukar..buat2 pandai lah kononnya.tapi mengikut teori aku mg ada yg tak kena gn kete aku pada saat dan ketika itu.


so puas lah menunggu..memikir dan last2 ge panggil pomen.. apa lg takut kene ketuk gan pomen tu aku buat2 yakin yg bateri aku mg kong mintak lah dia tolg jmper kan....harab boleh hidup dan selesai segala masalah..."yes..dah hidup"...dah senyum dah tp stay rasa tak sedap hati...tak sampai setengah jam mati balik kete...adoiiiii........mg td pomen tu cakap bateri kete aku mg tak de lansung...kenapa ek???adoiii mula lah hati nie rasa cm nak nagis sebab nya tak tahu apa penyakit kete nie..adakah masih boleh dirawat oh...tidak


Tak de pilihan...sebab xde org nk mintak tolong..ada je kawan kt kl tu tp tak nk lah buat semak masalah aku gn time diaorg yg semestinya tengah bz sebab tu time keje...so aku ge balik kat pomen tu...dia cakap kene tukar bateri baru...adoiiii hangin je dengar padahl tak sampai setengah tahun lagi bateri kete tu baru je tukar kot..errrr.......tp mg tak de choice..nk balik bentong nya pasal tukar lah RM170...hum nasib lah ada sham tok aku lond dlu buat beli bateri...mana tak nya mana nk ada cash dlm tangan time2 tengah bulan mcm tu....adoiiii thanks sham..nasib jugak time tu ada my Bff ayu yg sentiasa merelex kan aku yg sememagnya cepat gelabah nie...dan mudah pulak lah mengeluarkan air mata aku yang sentiasa nk kuar tu hahah...tp yg mengherankan dah tukar bateri baru pun...mg lah senang dan dah boleh lah start tp MASALAHnya kenapa tak blh naik 13V @ 14V,kan bateri baru...


jadi terpaksalah call org tu call org nie sebab nk tanya...:bodohnya lah aku pasal nie:agak menyesal sebab tak tahu apa masalahnya...ramai yg cakap may be ALTERNATOR problem..ha apa kebendanye tu...
Apa tu alternator?? ok, alternator adalah power generator iaitu penjanakuasa elektrik untuk menukar AC kepada DC serta control voltage yg dikeluarkan. Selain drpd tu, ada voltage regulator pada alternator tersebut untuk control output voltage pd 14V +- DC. Lebih kurang gitu la. Nampak skema sket la pulak..tp nie lah bendanya aku pun baru tahu nie hehehe..Nak cite psl alternator ni bukan apa tp sebab kete aku. Sblm ni mmg xamik port lgsung pn psl alternator ni. Apa lg nk tau psl menatang alah ni sbb yg aku tau sume punca drpd bateri!! hehehe.

 Ha sebab tu lah V tak naik...Alternator tu tak boleh cas & voltage jd sewel....... adOii habis aku koyak lah jawabnya..benda alah tu rasanya mahal nk tukar..hum so balik je bentong..
apa2 citer setel kat umah lg senang kan....
selamat sampai tp nasib baik sesampai je kat umah...Bateri kete tu terus nyala2...dammmm tu kan bateri baru adoiiii mg dasyat ah semuanya disebabkan ko Alternator...errrrr hate u lah..


Jadi aku ada pesanan la utk kwn2 kat luar sana tu tak kira apa jenis kereta especially "org kita" la. JANGAN lah terlalu ambik mudah eg:mcm aku selalu tak nk ambik port sangat...sebab klu terlalu percaya dengan kata2 pomen 100% pun tak leh gak kan Sbb lu org mungkin kena kencing nanti. Setiap org yg pakai kereta, bg aku kita kena tau sket2 psl jentera yg kita pakai tu.adehh pandai cakp kan..tp serius nie tok diri aku sendiri gak... Jangan 0% sangat. Kat sini la pentingnya knowledge sket2 psl kereta. Tak perlu la jd terer mcm pomen. atleast tau apa msalah kereta supaya bila pomen ckp A, kita dh tau yg sbenarnya B yg problem bkn A. Kena igt tu. Org meniaga mesti mau untung. Untung plak takmau yg kecik2. Untuk apa dia bersusah2 untung RM20 kalau dia blh untung RM200 ye tak??


so banyak jugak lah aku kene belajar ttg kereta yg aku pakai skung dr kwn2 sedara mara dan jugak pengalaman sendiri. Jd sekurag2 nya tau la serba sedikit tentang sakit kereta aku kan. Kalau pn tak tau cara nak repair sekalipun, janji kita tau apa sakitnya pn dh ckup supaya tak kena kelentong dgn bengkel. Seperkara lagi,, selalu2 la survey harga barangan sblm beli.aku ckp mcm nie bukn ape sebab aku pun tgah nk mencari kt mane lah aku nk cari alternator tok kete aku tu...adoiiii bengkok la mcm nie....

ha nie lah kebenda tu.....hum...
Untuk maklumat korg, alternator terdiri daripada komponen2 gabungan kutub magnet yg dinamakan "rotor" dan didalamnya terdapat gelungan kawat magnet yg dinamakan "stator". Alternator ni akan mula berfungsi time enjin dihidupkan untuk disalurkan serta mengubah AC kepada DC. Alternator diputarkan oleh crank pulley yg disambung ke alternator melalui belt. (tgk rajah). Masa enjin hidup, alternator pn akan berputar untuk cas bateri. Selagi enjin hidup, selagi tu bateri akan di cas. Bateri takkan overcharge dengan adanya regulator kerana tugas regulator tu plak sbg alat pengatur atau voltage limit. Dlm regulator tu ada diod yg dinamakan rectifier. Alternator blh rosak dan ada 2 tanda yg berlaku:

1- Undercharge - dimana alternator tak mampu nak cas bateri
2- Overcharge - bateri akan di cas berlebihan
so agak2nya apa masalah yg menyebabkan kete aku mendapat penyakit tersebut...aku pun tak tahu..bg aku benda dah nk jadi nk wat cana kn...
Mcm2 lagi perkara pelik blh berlaku kalau kita tak ambik port pasal kete kita sbb smua ni pakai arus elektrik drpd bateri. Alternator sebenarnya ada built in auto voltage regulator untuk mengontrol nilai output voltage iaitu 14.4V. Jika auto voltage regulator ini tidak berfungsi dengan baik ia akan mengeluarkan voltage yang tinggi dan akan menyebabkan lampu kereta akan terlebih terang pada satu ketika dan padam, serta menyebabkan komponen elektronik yang lain tidak berfungsi di mana fius telah blow atau terputus disebabkan peningkatan arus. Masalah kereta berkaitan sistem elektrik dan elektronik ini perlu troubleshooting yang rumit dan banyak kemungkinan boleh menyebabkan kerosakan.
Jadi, kesimpulannya setiap bahagian2 didalam kereta korg perlu alert. Jangan smpi dh jd msalah besar baru nk jumpa pomen. Time tu sendiri mau ingt la bro dan sis sekalian...mcm aku nie entah apa2 lg yg Xkene pun aku tak tahu...yag penting aku tak antar pun lg kete aku kat bengkel...cuma baru mengenal pasti penyakit yg dihadapi..nk soh bro aku chek dulu pasai2 before aku antar ke bengkal kan.....semestinya ongkosnya kene stnbay lah weeiiiii.........
ha....so mg serabut lah sngat...tu lah org nak bekereta awak pun nak bekereta tapi nie mg lumrah kan.... klu ada my b nie senang sikit aku tak yah bersusah payah nk mengkaji apa kebendanya alternator nie...sebab payah jugak nak harabkan org je kan...hum jadi aku pun cari lah tahu sikit pasal alternator nie...



* kepada pembaca2 kat luar tu, kalau aku slh bg info tlg la betulkan. aku bukan pomen....
ok.bye.......sekian sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...