Assalamualaikum & Salam Sejahtera....
Ramai yang pernah berkata bahawa ramai lelaki mudah terpikat dengan wanita yang bersifat keIbuan,lemah lembut ketika mengalunkan bicara, mengambil berat dan mempunyai jiwa yang sarat dengan kasih Sayang.
Wajah lembut bersinar bak Bidadari serta riak keibuan mampu mambuatkan kaum Adam berasa tenteram. tidak kira dalam mengalami tekanan, cemas dan gelisah wajah mereka tetap mampu menenagkan hati.apatah lagi saat bermanja, sesiapa sahaja pasti senang hati.
Kata mereka lagi antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak untuk dicintai dan mencintai. seseorang itu akan memahami perasaan dan jiwa suami isteri apabila tahu cara bagaimana cara kasih sayang itu dilahirkan..seorang isteri bukan sahaja menjadi kunci kebahagiaan dan ketenteraman jiwa raga suami,malah ia menjadi kunci kejayaan hidupnya. Wanita adalah pendorong semangat.
kata orang,dibelakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang wanita yang bijaksana dan berjiwa besar.Lelaki lazimnya memerlukan seseorang wanita yang mampu memberinya semangat dan dorongan yang jitu untuk mereka berjaya..Secara halusnya mereka memang mengharapkan segunung bantuan dari insan yang bergelar wanita.
kata orang lagi, kehidupan selepas khawin adalah kehidupan yang sebenar.segala perwatakan manis yang ditunjukkan ketika bercinta lazimnya akan lenyap apabila tanggungjawab mula menguasai hidup.Oleh itu kata orang adalah lebih baik kita mengahwini insan yang belum kita kenali hati budinya.,sekurang kurangnya kita tidak terpengaruh dalam agenda pentas dunia percintaan yang penuh dengan kepurapuraan itu.kita akan lebih realistik....(tapi dalam dunia kita sehari harian boleh ke kita berkahwin dengan insan yang tidak kita kenali hati budinya????)
kehidupan berdua sebagai suami isteri yang normal tanpa dibelenggu oleh sikap2 hipokrit yang dicurahkan ketika dibuai cinta.kita juga akan lebih dewasa dalam mencorakkan rumah tangga yang perlu dipertahankan sehingga ke akhir hayat.
memang perkahwinan itu satu perjudian.antara baik dan buruk, manis dan pahit ketika bersama mengorak langkah memasuki gerbang perkahwinan silih berganti menjadi dugaan..lebih2 lagi, insan yang akan memimpin tangan kita itu adalah asing bagi kita. Twtapi siapa tahu Rahmat yang ALLAH telah janjikan kepada setiap hamba-NYA.. ALLAh itu tidak akan menganiaya hamba-NYA yang pasrah dan redha pada takdir.
mungkin insan yang belum dikenali itu pembawa kebahagiaan yang tiada tolak bandingnya. Malah, tiada siapa yang tahu & yakin bahawa kekasih yang dicintai pasti akan menjadi suami yang baik dan penyayang......Tiada siapa yang tahu kerana sikap manusia itu sering berubah-ubah dan tidak tentu hala perasaan dan jiwanya.
Pembuka kata dari Novel Anugerah Cinta menceritakan betapa tabahnya hati seorang wanita yang bergelar Isteri yang terluka dengan sikap suaminya tapi masih mampu tersenyum dan mengharabkan kasih sayang dari suaminya..wanita setabah ini yang selalu dijadikan contoh..BOLEHKAH AKU MENJADI SEBAHAGIAN DARI WANITA YANG TABAH...selepas satu perkara yang tidak pernah aku impikan dan bayangkan akan terjadi dalam hidup aku......insaALLAH!!!!
0 comments:
Post a Comment