Assalamualikum & Salam 1 Malaysia
Dari dulu lagi,berkurun lamanye or berabad dah pun telah tertulis bahawa Adam dicipta untuk bersama Hawa...Adam Dan Hawa.memang tak pelik pun bunyi nye kan??memang halwa telinga kita nie dah biasa dengan perkataan tu.sebab apa cakap pasai nie ek?sebab drama adam dan hawa tu sebenarnya. yelah semenjak dua menjak kerja nite shift nie, habis lah sampai ke epsd 49 Drama adam dan hawa telah aku ngok...setelah habis mentelaah Novel,drama nie pulak yag aku nanti2 kan tok tgok. tak sabar nak ngok kesudahannye walaupun dah tahu apa ending nye...macam biasa cita melayu happy Ending ok.
Syoook kan kalau macam tu bercinta dan bahagia.walaupun ada halangan dan dugaan tapi last2 tetap bersama..ha sepanjang ngok or baca cita adam hawa nie aku slalu tersenyum sendiri ok.sama je gan org lain kot.sambil2 tu berangan lah kan. kan best kalau jadi macam cerita tu#bab yang romantik je lah# dapat bersama dengan org tersayang,happy ending dalam percintaan @ hubungan.but not me!tapi tak nak menyesal pun dengan apa yang dah terjadi semuanya dah tertulis kan?aku tak nak jadi seorang hamba allah yang tak percaya dan tak menerima Qadaq dan Qadar yang dah ditetapkan untuk aku..lagipun apa yang kita harabkan tak semua akan tercapai...
Bila ngok Adam tu hum hensemnye...teringat pada seseorang yang hensem macam adam tu hensem sangat...
rindu sangat nak menatap wajah dia nak dengar suara dia.hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa. bahagianya kalau dapat bersama.dah setahun lebih dia meningalkan aku tapi rasa sunyi tu tak penah hilang walaupun masih dikelilingi keluarga dan sahabat.....selama mana perasaan nie ada selama tulah air mata nie tak kan behenti menitis kalau teringatkan dia.
Tapi aku rasa,selagi aku macam tu aku akan menyakitkan hati seseorang yang ikhlas tok berkawan dan terima aku skung nie..ye masih seorang Adam....seorang lelaki yang sudi terima aku walaupun status aku yang begelar
Bila dah terlepas cakap baru sedar dan terpikir kalau lah aku kat tempat dia mesti aku toching giler kot.
tapi tak pada dia.hum selama mana dia nak tahan dan boleh sabar ek????aku pun tak tahu..tp walaupun macam tu aku rasa kami makin serius dan aku pun dah bekenal-kenal dengan keluarga dia....terkejut jugak bila family dia pun tahu tentang status nie but stay boleh terima aku.hum mana nk cari orang yang dia dan keluarga dia boleh terima kita dengan status macam aku nie...tu yang membuatkan aku rasa bertuah /terharu dan aku patut terima dan belajar untuk terima semua nie..
TAPI tak ke terlalu awal untuk aku mulakan balik alam cintan cintun nie??dan kadang2 terpikir aku nie mengkhianati cinta aku pada Si Dia dulu ke???macam2.
kalau boleh tak nak bercinta.that means tak nak bercinta lama2 dah sebab sakit sangat bila semua nye hilang nanti...orang kata bercinta selepas khawin lagi indah...may be kalau ada jodoh aku dan dia aku akan terima. dan aku harab dia akan terima yang aku tak kan penah lupakan Adam aku,suami aku dulu sampai bila2 sebab tu cinta hati aku yang pertama dan Suami aku yang pertama yang akan sentiasa menjadi ingatan aku.
BOLEH ke macam tu??bersalah sebenarnya rasa kalau buat macam tu tp apa yang aku penah cakap kat dia, kalau aku gan dia ada jodoh nanti aku akan ingat,rindu dan sayang dengan orang yang dah tak de kat dunia nie...aku rasa dia tak patut rasa cemburu.tapi kalau aku dah berkahwin nanti aku pun tak tahu lah berdosa ke tak aku nie sebab ingat dan sayang pada lelaki lain selain suami aku nanti. nak tanya sapa pun tak tahu apa hukumnya???
Apa pun aku serahkan segalanye pada yang Esa...tak nak dah berharab terlalu tinggi sebab kalau jatuh nanti sakit...cukup lah rasa sekali je....bila berharap terlalu tinggi dan tak tercapai rasa sakit tu sampai sekarang pun tak hilang lagi.#berharab Si Dia baik dari penyakit tapi tengok lah kesudahannye#but semua dah ditentukan.jadi aku serahkan segalanye pada Allah yang maha mengetahui.
SEMOGA suatu hari nanti aku dipertemukan dengan ADAM yang telah diciptakan untuk HAWA nye nie.........amin.
0 comments:
Post a Comment