Pages

2 December 2012

Makin GEMUK!! Stressnya....

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Aku sedar aku bukanlah seorang wanita yang sempurna dimata khalayak ramai.susuk tubuh yang gemuk sangat mengstress kan aku tau.bukan tak pernah mengalami masalah kegemukan.tapi sekarang nie dah melampau tau.makin gemuk...SUMPAH STRESS! nak Diet tapi selalu separuh jalan hangat2 tahi ayam
selalunya gitu lah aku nie...bekobar-kobarnye nak diet time terlalu ramai orang tegur badan yang makin berisi nie...so time tu memang tekad lah konon2 nya tapi last2 hampeh..macam2 ubat diet dah aku ambil tapi tak berkesan pun.memang bahaya tapi nak kurus errr macam2 nak dibuat tapi masalahnya mesti benda tu benda yang cepat dan mudah so tak boleh jugak kan...nak jogging sangatlah malas hum :( memang salah sendiri kan.


kat sini ada lah beberapa langkah yang aku terbaca untuk diet.7 hari je tau.&hari diet berkesan.
  • Hari Pertama
Semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya. Selain itu, kamu disarankan makan sup. 
  • Hari Kedua
Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.Kamu tidak dibenarkan makan kacang  panggang dan seumpama dengannya. Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu. paling disyorkan sayuran berdaun hijau. Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
  • Hari Ketiga
gabungkan menu hari pertama dan  kedua. Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan... 
  • Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan. 
  • Hari Kelima
Hari untuk daging dan tomato. Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.pengambilan
sup sudah memadai diambil sekali sahaja. 
  • Hari Keenam
Kamu dibenarkan makan daging  bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.Tetapi jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu. 
  • Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang.Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari. 

Ha macam mana?? boleh tak rasa-rasanya.aku nak cuba.TRy ok tapi tak tahu lah berapa lama dan bertahan ke tak...coz kalau aku lah,tak jumpa nasi sehari memang tak boleh hahhaah so faham2 lah memang nie lah jawabnya bila lah nk kurus??????????harab dapat mencuba ok. #untuk diri ini jugak terutamanya.
.......huwaaaaaaaaaa berangan je lah...oh hati TOLONG lah TEKAD sikit untuk melakukannya.tolonglah


<--------Nak KURUS macam nie huwaaaaa......
Tgah Stress...
#tempat keje 9.34pm
#peace no WAR hihihihih
Salam Diet.
ROHAYU SOHOR.. ^_^

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...