aku ada lah terbaca artikel nie dari Ustaz Love tentang tips nak ambil hati mertua dan keluarga kita.aku pun tak berapa nak pandai sangat.. cuma sekadar berkongsi atas pengetahuan yang sedikit :
1. Perkahwinan mendapat restu kedua belah pihak.
Kalau ada pihak yang tak merestuinya, memang akan menjadi masalah bila dah berkahwin nanti. Politik kekeluargaan ni sebenarnya lebih dahsyat daripada politik kepimpinan negara.. kalau kita tengok situasi politik sekarang yang penuh dengan fitnah-memfitnah, kutuk mengutuk, kentut mengentut, caci mencaci dsb, begitulah juga situasi yang akan berlaku bila kita tak sebulu (sependapat / satu geng) dengan ahli keluarga mertua. Kita buat baik pun kena tohmah, kita buat salah apatah lagi.. tak buat apa2 pun kena juga fitnah.. Inilah yang dikatakan, bila hati dah tak suka, manusia dipandang seperti ungka (ini pepatah rekaan Ustaz Love..kihkih).
Jadi, sebelum berkahwin, kena fikirkan dulu situasi ini.. jangan buat bukan2 (terfikir nak kahwin lari la dsb), sbb permulaan yang kurang baik itu boleh memberikan kesan kepada keseluruhan perkahwinan.. bahkan sampai ke anak cucu pun belum tentu lagi boleh settle masalah macam ni.
2. Kena pandai main politik.
Politik di sini bukanlah bermaksud kena jadi JKKK Kampung ke, Ketua Bahagian Wanita ke dsb.. maksudnya, kena pandai melihat situasi. Macam orang politik, mana pihak yang boleh memberi manfaat kepadanya, maka dia akan cuba menjalin hubungan dengan pihak tersebut. Dalam hal ini, bukanlah memberi maksud kita kena buat team tertentu, sebaliknya kena bijak mengambil peluang mengikut situasi.
Ustaz Love bagi contoh.. katalah dalam keluarga mertua itu, yang paling berkuasa dan memberi pengaruh adalah kakak yang sulung (setiap pendapat dan kata2nya diambil berat oleh keluarga mertua contohnya), maka mulakanlah hubungan yang baik dengan beliau. Cuba cari apa kesukaan beliau, dan cuba mengambil hatinya.. insyaAllah, bila kita dah tawan ketua, maka anak2 buahnya akan mengikut.::Dah macam strategi nak berperang la plak.. kihkih.
Begitu juga kalau kita mengetahui sikap ahli keluarga tertentu yang suka membuat fitnah dan mengadu domba, maka kita cuba sedaya upaya untuk mengelakkan perselisihan dengan beliau. Dalam masa yang sama, kita kena sentiasa berhati2 agar tak terjebak dalam permainannya dan pandai mengelak setiap serangannya.
3. Menjadi pendengar yang setia.
Seorang pendengar yang setia memang sentiasa disenangi oleh orang lain.. sebab mereka2 ini lebih suka mendengar dan kurang bercakap, jadi orang lebih percaya untuk menyimpan rahsia mereka kepadanya disebabkan kemungkinan untuk beliau membocorkan rahsia atau terlepas cakap tu agak tipis. Maksud mendengar ini bukanlah mendengar macam kucing dengar tuannya bercakap (mata sayu macam faham, tapi sebenarnya tak faham pun), tapi mendengar mengikut kesesuaian dan masa. Kalau orang dah melalut2 bercakap sampai masuk bab umpat fitnah, takkan nak tadah plak telinga mendengarnya (walaupun kita memang suka dengar gossip2 hal orang ni.. cuma bila orang bergossip tentang kita je, kita rasa tak selesa dan nak naik angin).
Bila kita banyak mendengar, maka ia akan membina kepercayaan orang terhadap kita.. sebab itu orang percayakan kaunselor (walaupun mereka orang asing) sebab kaunselor itu terikat dengan kerahsiaan dengan client dan kaedah psikologi yang digunakan iaitu banyak mendengar.. berbanding kita yang tak sempat orang nak habiskan cakap, kita dah potong dan menyampuk percakapannya. Konon2nya itu teknik berkesan nak mematikan hujjah.. sedangkan apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. itu adalah mendengar sampai habis, kemudian baru minta izin untuk bercakap. Jika semua orang yang berbalah menggunakan teknik ini, insyaAllah, jalan penyelesaian akan dapat dicapai.. berbanding saling potong-memotong cakap.. umpama potong-memotong semasa memandu yang berkemungkinan besar berakhir dengan eksiden.. berbanding jika kita nampak kereta di belakang dok cucuk2 angin, kita belok ke kiri memberikan laluan untuknya.. insyaAllah, kita selamat, dia pun selamat (tak berlanggar dengan kita.. walaupun kemungkinan untuk berlanggar dengan orang lain itu tetap ada).
Jadi, tak kira la keluarga mertua berborak cerita pasal drama ke, cerita pasal ayam ke, pasal anak2 ke, dengarlah.. dan berikanlah pendapat sekiranya mereka bertanyakan pendapat kita.. jangan pandai2 bercakap walaupun tak diminta, nanti mereka akan nampak seolah2 macam kita nak menunjuk2. Ini boleh menyebabkan perasaan jelly (jeles) di kalangan keluarga terutama ipar duai yang mungkin tahap pemikiran mereka tak setinggi tahap pemikiran kita.
4. Jangan kedekut memberikan pujian.
Pujilah keluarga mertua atas apa yang mereka lakukan.. Kalau mereka bersolek, pujilah kecantikan wajah mereka.. tanya petua nak licinkan wajah (tapi jangan la kalau kakak ipar tu muka berjerawat penuh, kita gi tanya beliau petua nak melicinkan wajah plak.. harus dia anggap kita nak menyindir plak).. tanya cara nak jaga body.. tanya resepi masakan.. bila kita bertanya sesuatu yang dalam ruang lingkup pengetahuan dan kemahiran mereka, mereka akan rasa dihargai. Walaupun kita tak memuji masakan mereka secara direct, tapi bila kita tanya resepi masakan, seolah2 kita dah berikan pujian dan pengiktirafan kepada masakan mereka. Pendek kata, sentiasa bermulut manis walaupun kentut busuk (ini pepatah orang tua yg Ustaz Love adjust sket).hahahhahaha
Kalau anak2nya cemerlang, maka ucapkanlah pujian dan tahniah kepadanya.. kalau anaknya tak cemerlang, maka elakkan membuka mulut pasal pelajaran anak2 melainkan kalau beliau yg buka mulut dan bertanyakan kepada kita.. sebab kes anak2 ini juga biasanya boleh menyebabkan perselisihan dengan keluarga mertua serta ipar-duai. Sebabnya masing2 sayangkan anak sendiri.. even kalau anak bersalah pun, kita tak sanggup nak tengok anak2 kita dimarahi oleh orang lain.. biar kita yang marah dan pukul anak sendiri, berbanding melihat anak kita dimarahi dan dipukul oleh orang lain. Begitulah juga dengan mereka. Kadang2 hari ni anak2 kita bergaduh dengan sepupu2 mereka bertumbuk bertampar sampai berdarah2, esoknya diorang dah boleh main balik macam biasa.. tapi mak ayah diorang plak yang over sampai tak bertegur sapa bertahun2 lamanya.
Jadi, untuk mengelakkan sebarang rasa tak puas hati, ringankanlah mulut memberikan pujian.. bukannya kena keluar apa2 modal pun.
5. Banyakkan memberi daripada meminta.
Antara cara paling berkesan untuk merapatkan hati2 manusia ini adalah dengan banyak memberi.. tak kira la berikan duit ke, barang ke, khidmat ke dsb. Cara yang paling mudah adalah memberikan khidmat.. modal pun tak perlu nak keluar.. cuma kena guna tenaga la sikit. Contohnya bila nampak mak mertua duduk termenung kat tangga rumah, duduk la dengan beliau sambil borak2. Sambil borak2 tu, boleh la urut sikit2 kaki beliau (ini untuk menantu perempuan la.. jangan menantu lelaki pandai2 plak nak urut kaki mak mertua, kang kena ong bak dengan pak mertua,..kihkih). Begitu juga kalau nampak kakak ipar dok gosok2 bahu, offer la kat beliau nak tolong urutkan. Tak payah la urut guna siku mcm kat spa tu, cuma urut2 biasa.. walaupun mungkin tak hilangkan lenguh bahunya, namun ia dapat mengeratkan hubungan melalui cara sentuhan.
Juga kalau kita tahu keluarga mertua itu ada masalah kewangan ke, cepat2 la bagi bantuan.. jangan tunggu beliau mintak (sbb ini akan menyebabkan beliau berasa segan dan kurang mesra dengan kita). Bagi je berapa yang mampu.. walaupun tak dapat nak selesaikan keseluruhan masalahnya, sekurang2nya dapat meringankan beban yang ditanggung. Anggap saja itu sebagai sedekah yg akan menjadi harta kita di akhirat nanti.. jadi, kita pun takkan berkira walaupun terpaksa menghulur banyak2 kali.
Bagi yang pandai memasak, maka selalulah masakkan lauk lebih sket dan hantar kepada keluarga mertua.. kalau yang tak reti masak, takyah la pandai2 nak adjust menu (hantar megi ke, telur goreng ke.. takde maknanya.. kihkih).. sebaliknya mungkin boleh belikan buah ke.. ataupun kalau pergi pasar malam, belikan yong tau fu lebih sket dan hantar ke rumah mereka. Budaya menghantar makanan ini memang budaya Islam dan telah diamalkan oleh orang Melayu sejak dulu lagi. Cuma sekarang ni agak jarang kecuali kalau bulan puasa.. bertukar2 juadah puasa.. itu pun sebab malas nak masak banyak jenis.. masak mee goreng, hantar kat jiran, dapat balasan kuih la, ayam percik la dsb.. niat yang tak betul akan menghasilkan perasaan yg tak berapa betul.. sebab tu ada antara jiran yang dah berhenti bertukar juadah berbuka puasa sebab jiran tu masak tak sedap dsb. Bukan pahala yang dikejarkan, sebaliknya sibuk nak memenuhkan perut sendiri.
6. Berdoa kepada Allah.
Jangan lupa berdoa kepada Allah dengan menyebutkan nama ahli keluarga mertua.. doakan semoga Allah mengampunkan dosa mereka, diberikan keberkatan rezeki, kesihatan yang baik dan apa2 juga doa kebaikan. Tak lupa juga, doakan semoga Allah merapatkan perhubungan kita dengan mereka.. sbb Allah saja yang memegang hati manusia ini.. bila2 masa Allah boleh bolak-balikkan.. sama seperti Saidina Umar r.anhu yang pergi nak membunuh Nabi s.a.w., tapi Allah balikkan hatinya menjadi orang yang paling cintakan Nabi s.a.w.
Begitulah serba-sedikit petua dari Ustaz Love yg dapat aku kongsikan..
0 comments:
Post a Comment