31 December 2012
Last Day> Happy New Year Guys!!!!
Coretan Dari : Unknown at 17:01 0 comments
28 December 2012
Pilih Kasih Menantu ::
Assalamkualaikum.....Salam Jumaat :)
WHI:: Wanita Hari Ini. Asam Garam Rumah tangga- Pilih kasih menantu.tu tajuknya ye...
macam tertarik pulak kan.hihihihi bila dengar perkataan mak mertua memang agak takut kan.
bagi aku mertua hum....memag takut waktu mula2 nak kenal.sebab kita mesti nak nampak ok depan mereka kan erti kata lain nampak baik supaya menjadi pilihan mereka dan hubungan dengan anaknya direstui sebab bukan dengan anak nye je kita kena ambik hati tp orang tuanya jugak kan..nak2 kalau hubungan tu makin serius..dan disudahi dengan ikatan perkahwinan so mak bapak dia akan jadi mak bapak kita :: Mertua
Berbalik kepada tajuk diatas..memah susah kan kalau stay pilih2 kasih nie.mulalah nanti ada yang bermasam muka...walaupun pernah begelar menantu tp hanya seketika dan dulu rasanya sangat perit tak nak dikenang lagi..biarlah ia berlalu menjadi kenangan yang lebih mematang kan diri nie.
betul lah kata orang nak jadi menantu yang disayangi dan dikasihi bukan senang ada caranya..
mak aku selalu pesan kalau kita sakitkan hati mak kita sendiri memanglah berdosa tapi lagi berdosa kalau kita sakitkan hati mertua kita..mak sendiri walau macam mana pun akan memaafkan anaknya tapi kalau mertua kita tak tahu macam mana lagi kan.hum disebabkan tak berapa nk lama bergelar menantu nie kadang2 terfikir jugak macam mana lah kalau adik beradik pasangan kita tu ramai?? tak ke pening kepala dibuatnya.
aku tak rasa lagi situasi macam tu tapi takut jugak nanti...tetiba dapat merasa kan..#mudah mudahan :)
hum macam aku, dari sebuah keluarga yang kecil hanya 3 org adik beradik. macam mana lah bila masuk ke dalam keluarga yang ramai ahlinya.rasanya memang seronok kan mesti meriah. tapi dalam masa yang sama agak takut,tak tahu nak buat apa tu yang selalu aku rasa bila terfikir tentang tu...seronok sebab dapat tambah ahli keluarga tapi takut sebab nak dapat mertua dan ahli keluarga baru yang kita tak biasa.
Coretan Dari : Unknown at 13:55 0 comments
Sekejap Je
Assalamualikum & Salam 1 Malaysia
Salam Jumaat semua..pejam celik,pejam celik dah nak habis dah tahun 2012 nie...hari nie dah 28.12.12 jumaat terakhir untuk kita semua bg tahun nie...lagi 3 hari lagi nak NEW YEAR!!
dan disebabkan itu jugak lah aku jarang pulak mengENTRY blog kesayangan nie.buzy!buzy dengan kerja huhuu maklumlah nak entry blog Pinjam PC office so faham2 lah.
lagi 3 hari nak azam apa tok tahun depan....hajat dihati nak turunkan berat badan nie tapi alahai......
dapat ke...kena tekad kalau nak kurus..Masalah Wanita bila berat badan naik nie. @_@ kalau aku nie dah OBESITI terlampau ok.
Harab adalah yang akan aku laksanakan untuk tahun depan.harab lebih baik untuk diri nie...semoga semuanya dipermudahkan.bersyukur kerana allah masih memberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi nie.
Alhamdullilah...
Sekian saja lah nanti pulak Entry lagi huhuhuhu xde apa nk dishare kan disini buat masa nie..
kbai......
Coretan Dari : Unknown at 11:36 0 comments
12 December 2012
12.12.12
Assalamualaikum & salam 1 Malaysia
Hari nie 12.12.12 special ke tidak hihihihi cuma tarikhnya je yang cantik kan..but 2 hari lepas 10.12.12 hari anvsry aku dan Si Dia tau.. 2tahun! 2 tahun dah sepatutnya bergelar isteri dan selalunya pasti akan disambut sebagai memperingati tarikh bahagia tersebut..hadiah,sambutan kejutan n what ever lah kan sebagai husban n wife tapi secara jujurnya aku tak pernah merasa pun
Apa pun pada yang meyambut hari jadi pada hari nie "happy b'day" lah ye,n yang melahirkan baby pada hari nie jugak selamat menyambut orang baru@insan baru...pada yang pergi al-fatihah dan takziah.semoga apa saja yang berlaku hari nie dipermudahkan dan dirahmati oleh- NYA....
Sekian.
Coretan Dari : Unknown at 10:16 0 comments
6 December 2012
suka lagu nie!!!
Assalamualaikum....
JOM Dengar sama2.....suka lagu nie.sekali sekala kan apa salahnya asyik cita2 je nie dengar2 lagu pulak ..puncanya tgok cita adam gan hawa lah kan slalu main lagu nie bila time2 sedih kan ...OST drama Adam dan Hawa...rupa-rupanya shahir yang nyayi baru lah tahu bila search kat youtube...memang senang betul sekarang nak cari apa yang kita nak tahu kan...klik2 je dah dapat...
sila lah dengar.... :)
Coretan Dari : Unknown at 14:04 0 comments
5 December 2012
Kereta Baru...
Assalamualaikum &Salam 1 Malaysia
Tumpang lalu...tumpang lalu..hihihihihhi xde apa pun nak cite tapi nak update2 je pasal Saga FLX yang aku cite hari tu hum...Alhamdullilah Isnin baru nie dapat jugak Saga FLX aku dan dia #siver...Hum cantik... semuanya dah disediakan oleh salesman n salesgirl kami tinted,no plat semua lah dah cantik..
salesman yg banyak membantu... |
blakang kete cantik kan hihihihihi#perasan#suka2 |
#rancang kewangan #rancang perbelanjaan #rancang aktiviti#hihihihihihihi #mudah mudahan#amin....
Coretan Dari : Unknown at 11:56 0 comments
2 December 2012
Makin GEMUK!! Stressnya....
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Aku sedar aku bukanlah seorang wanita yang sempurna dimata khalayak ramai.susuk tubuh yang gemuk sangat mengstress kan aku tau.bukan tak pernah mengalami masalah kegemukan.tapi sekarang nie dah melampau tau.makin gemuk...SUMPAH STRESS! nak Diet tapi selalu separuh jalan hangat2 tahi ayam
selalunya gitu lah aku nie...bekobar-kobarnye nak diet time terlalu ramai orang tegur badan yang makin berisi nie...so time tu memang tekad lah konon2 nya tapi last2 hampeh..macam2 ubat diet dah aku ambil tapi tak berkesan pun.memang bahaya tapi nak kurus errr macam2 nak dibuat tapi masalahnya mesti benda tu benda yang cepat dan mudah so tak boleh jugak kan...nak jogging sangatlah malas hum :( memang salah sendiri kan.
kat sini ada lah beberapa langkah yang aku terbaca untuk diet.7 hari je tau.&hari diet berkesan.
- Hari Pertama
- Hari Kedua
- Hari Ketiga
- Hari Keempat
- Hari Kelima
- Hari Keenam
- Hari Ketujuh
Coretan Dari : Unknown at 21:37 0 comments
KHAWIN MUDA? APA SALAHNYA!
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
1. Berfikiran Matang
Kamu perlu menjadi seorang yang matang berfikir dan rasional. Kamu tidak boleh berperangai seperti keanak-anakan dan terlalu mentah. Sekirannya hubungan kamu sedang menghadapi masalah, kamu harus bijak memikirkan jalan penyelesaian yang rasional.
2. Jangan Ada Rahsia
Hubungan yang baru setahun jagung amatlah rapuh dan mudah runtuh, ini kerana adanya sikap ‘prasangka’. Jadi, elakan daripada berahsia dengan pasangan kamu hingga menyebabkan si dia mula berprasangka dan curiga dengan kamu.
3. Luangkan Waktu Bersama
Jika dahulunya perkataan ‘workaholic’ sangat sinonim dengan kaum lelaki, kini perempuan juga tidak kurang hebatnya. Maka, tidak hairanlah jika kamu berdua jarang bertemu muka hingga menyebabkan si dia dan kamu tidak seintim dulu dan ia mula memberi kesan yang tidak baik pada hubungan kamu. Oleh itu, apa kata luangkanlah masa yang terluang bersama-sama dengan melalukan aktiviti yang berfaedah.
4. Buang Ego Yang Tinggi Melangit
Perasaan ego dan remaja tidak dapat dipisahkan seperti isi dan kuku. Namun, dalam perhubungan perasaan ego harus di buang jauh apatah lagi bila kamu berdua telah bergelar suami isteri. Apasalahnya bertolak ansur lah sedikit.
5. Give and Take
Tidak dapat dinafikan lagi, ada juga hubungan yang goyang akibat mereka tidak boleh menerima kelemahan pasangan mereka masing-masing. Mengapa mesti begitu? Seharunya, kamu sebagai suami isteri yang muda harus menerima kelemahan dan kekurangan pasangan kamu, kerana kamu perlu ingat, kamu juga mempunyai kekurangan. Jadi belajarlah teknik ‘Give and Take’ untuk menyelamatkan hubungan kamu berdua..
So tak de salahnya berkahwin muda nie.Semuanya datang dari hati.Sebelum lakukan sesuatu tu pikir2 lah dulu..Renung renungkan.
*SUMBER DARI cinta oh cinta
majalah REMAJA online
:oleh Lany Azman
Coretan Dari : Unknown at 21:07 0 comments
1 December 2012
Saga FLX...
Assalamualaikum, guys bertemu lagi hihihhi.hum nampak kete kat atas tu kn dengan jelasnya kan aku minat lah.Memang tidak dinafikan kereta Proton semakin canggih mengikut peredaran zaman.kete buatan malaysia harga pun rasanya mampu milik kalau bank bg buat load kan hihihihihi hum apa yang aku tahu Kelebihan Saga FLX 1.3L adalah kerana ia dapat menjimatkan penggunaan petrol dengan menggunakan teknology CVT bersama enjin CamPro. Kadar penjimatan penggunaan petrol ialah 10% bagi pemanduan di highways dan 4% bagi kawasan bandar.hum sebab tu lah rasa macam tertarik je nak pakai..walaupun dah ada kete tapi rasa macam nak memilikinya tau..
kereta sekarang?hum memang sayang sangat, tak kan jual, walaupun kereta biasa2 je, tapi bermakna dan terlalu banyak kenangan..lagi pun sayang dengan club My@Pc. hum gambar tu sebagai gambar hiasa je kalau ada rezeki pakai nanti alhamdullilah lah hahahhaha..dalam proses lagi colournya nanti aku update ek.. daripada membazir duit gaji dari buat benda bukan2 baik beli kereta kan lagi pun ada yang membantu :) hihihihi.hum kat sini aku nak share sikit tentang kete nie serba sedikit...
Untuk Saga FLX 1.3L Executive, terdapat ciri tambahan iaitu air-bags untuk pemandu dan penumpang hadapan, ABS dan Electronic Brake-Fprce Distribution (EBD).
Berdasarkan beberapa maklumat terkini, terdapat 4 varian Saga FLX bakal menemui pelanggan, termasuk 1.3 CVT Executive (spek tertinggi), 1.3 MT (manual) Standard dan 1.3 MT (manual) Executive. Kesemua varian dilengkapi enjin CamPro IAFM, 4-Silinder DOHC dengan keluaran kuasa 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum. Transmisi boleh didapati sama ada manual lima kelajuan atau CVT enam kelajuan.
Walaupun comel tapi Proton Saga FLX memang kelihatan menarik dengan reka bentuk yang up to date sekali tengok dari belakang ada ala-ala potongan Mez C-Class pulak tu.hihihiih Proton Saga FL telah dinobatkan Kereta Nasional terlaris menewaskan Produa MyVi. Dengan kehadiran Proton Saga FLX pasti mengukuhkan lagi kedudukan Proton di pasaran Automobil Malaysia. Jenama Proton ini memang semakin meningkat sehingga terpilih jenama ke lima paling dipercayai di UK. Tapi adakah kita sendiri yakin dengan Jenama Kereta Nasional.bagi aku aku ok je..aku sendiri pun masih memandu kereta buatan malaysia.proton Perdana.so rasa ok je kete buatan malaysia nie..tak salah meyokong buatan malaysia kan.
Wassalam..
Coretan Dari : Unknown at 23:36 0 comments
BOLA SEPAK & MUSIM DURIAN
Assalamualaikum& Salam 1 Malaysia
Welcome december.....cepat je masa berlalu kan.dah pun penghujung tahun 2012.dah boleh koyak kelender bulan 11 dah...sebelum mengarut panjang lebar harap2 bulan bg penghujung tahun nie akan memberikan beribu erti untuk kita semua semoga lebih baik dari bulan 2sebelumnya...Amin...
Saat dan ketika aku entry blog nie aku rasa seluruh rakyat Malaysia tengah bersemangat meyokong pasukan Harimau Malaya VS Garuda (pasukan dari indonesia).memang tak dapat dinafikan lagi kita rakyat malaysia nie memang semangat bila pasukan kita menentang pasukan lawan harap2 menaglah pasukan kita malam nie ek.aku nie tak de lah minat or fanatik sangat dengan bola nie..tapi sebagai rakyat malaysia aku semangat lah jugak menyokong pasukan kita...hihihihihi..mata sekaranag bg perlawanan antara malaysia dan indonesia nampak gayanya berpihak ke pihak kita malaysia....Harimau dah mengaum..mungkin garuda akan dibaham harimau malam nie.. :)
ok habis pasal bola...aku nak cita pasai durian pulak....now kalau kat tempat aku nie #bentong bersepah2 orang jual durian tau,sampai malam pun stay ada lagi orang jual durian meriah..kat umah aku ada lah sebatang je pokok durian tapi rezeki kami tahun nie banyak pulak buah yang gugur banyak yang ok,isi pun sedap manis dan banyak isi.tak macam yang sudah2 bila gugur je banyak yang busuk..so tahun nie memang rezeki.asyik makan durian je lah kat umah..pagi,tengah hari,petang,malam bila2 pun boleh makan durian tau.kalau korang2 nak makan durian datang lah ke umah ek...
'gambar hiasan'...tp isinya lebih kurang lah hihihihi |
Coretan Dari : Unknown at 22:41 0 comments