Pages

24 February 2012

**Pasti akan PERGI**

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari nie,aku masih begini dengan satu perasaan sepi...sepi tanpa dia disisi, insan tersayang yang amat ku cintai hanya allah miliknya..aku bukan yang berkuasa...teringat dengan hukum ilahi setiap yang hidup pasti akan pergi..seperti di dalam Surah Al-Imran (ayat 185):

maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Takut..takut menghadapinya..tapi yang pasti semua insan yang bernyawa pasti akan pergi, setiap insan pasti melaluinya lambat atau cepat tu semua hanya Allah saja yang mengetahuinya....aku dah melalui saat yang paling perit kehilangan dia - insan tersayang pergi dijemput ilahi yang pasti sudah tahu ketiadaanya hanya allah yang tahu perasaan ini tak kala melihat rakan lain berpasangan bergembira bersama tapi aku hanya disini menanti dia yang tak kan kembali.....
hanya keluarga dan rakan penyeri disini....aku masih mengukir senyuman pasti....

Bagaimana dia disana?? diluar bidang kuasa ku untuk mengetahui keadaannya dikala ini....yang pasti hanya doa diiringi untuk kau (Suffian Hashim) bahagia abadi....menanti saat kita disatukan kembali dengan izin allah yang sentiasa memiliki kejadian yang tak pernah kita semua fikiri....insaallah.....semuanya pasti terjadi kalau ada rezeki diri..










Aku masih punya mak dan ayah, keluarga dan rakan tapi aku terfikir masihkah aku kuat untuk melalui semua ini sekali lagi kehilangan orang yang tersayang....tak dinafikan semua orang takut kehilangan insan tersayang kan...kalau lah aku yang pergi dulu mungkin perasaan ini tak kan terjadi tapi semua nie urusannya..aku hanya menerima....

Hari ini sudah 183 hari Dia pergi meninggalkan aku disini...segala kenangan masih terpahat di sudut memory...ape pun terjadi aku masih bersyukur dan beterima kasih kerana kau sudi menjadi pasangan hati walaupun hanya sekejap masa yang diberi.... Terima Kasih......

Yang pasti segala yang terjadi tentu ada alasan yang tersendiri, aku tahu Allah itu maha mengasihani hanya Dia yang tahu apa yang terjadi.....semoga hidup ini lebih diberkati...Barakallahu Fik!!

17 February 2012

kaulah SAHABAT..

Assalamualaikum & salam Sejahtera

Dah lama rasanya aku tak di sini....Terfikir tentang Sahabat...apa itu sahabat? sama ke dengan kawan ,,rakan,, teman,, Friend,, BFF (best friend forever)??..walaupun hanya berapa huruf aku rasa ianya mempunyai maksud yang berbeza-beza...maksud yang mendalam.kadang2 aku sendiri pun tak faham dengan semua tu....bagi kita hanya perkatan yang berbeza tapi masih sama kan..tapi sebenarnya berbeza. pening jugak kalau tak berapa arif tentang nie.

aku...juga mempunyai sahabat,, rakan,, teman yang seangkatan dengannya.bagi aku mereka best, ada yang boleh buat aku gembira, bergelak ketawa, tapi ada juga yang membuat aku mengalirkan air mata..sahabat.. terlalu besar ertinya..

secara umum. Persahabatan ialah sebuah perhubungan yang membawa erti saling mengambil berat antara satu sama lain. persahabatan itu juga sering membawa seseorang itu untuk mengambil keputusan sendiri untuk melihat kan kematangan.

Ramai dari kalangan kita pada hari ini, melihat "persahabatan" itu sebagai sebuah perkara penting
 yang melibatkan
"kepercayaan","perhatian",Kasihsayang","komitmen","Pegorbanan","pemberian",
"penerimaan"....
 Semua itu pastinya mengambil masa yang terhad untuk membuat keputusan secara pribadi. Namun dari semua itu, perkara yang sangat penting bagi seseorang untuk mengadakan perhubungan "persahabatan" ialah MEMILIH SAHABAT yang benar-benar memiliki apa yang layaknya sebagai seorang sahabat sejati.

persahabat sejati pulak bg aku memerlukan kita untuk memiliki "Kejujuran", Kesetiaan", Keikhasan", "Pengorbanan" "Kasih Sayang", dan "Pengertian" terhadap apa yang mereka lakukan bersama atau untuk diberikan kepada kita.

hem..terlalu besar maksudnya..aku beruntung mempunyai sahabat,, rakan dan kawan dalam kehidupan. sahabat yang paling baik tak ternilai adalah Dia...yang telah tiada.dialah rakan, kawan sahabat,suami dan segalanya...susah untuk aku mencari insan sepertinya...insan yang setia. membuat aku gembira sepanjang masa. membantu aku disaat aku perlukannya...

Tiada kata2 yang dapat diungkap,,tak ternilai saat2 bertemu, terlalu pedih bila kehilangannya......
tiada siapa sepertinya....tapi aku masih mempunyai teman, kawan yang masih bersama.....

terima kasih semua...

13 February 2012

Buat MU.........

Assalamuilaikum & Salam Sejahtera

tak de yang menarik..hari nie...tp ada benda yang aku nak share sikit..satu puisi...em may be sajak aku pun tak tahu lah.......puisi cinta mungkin.....luahan hati wanita yang begelar Isteri.....yang sentiasa menyanyangi insan yang begelar Suami...........bukan aku seorang saja rasa, harab semua wanita yang begelar Isteri....

Buat MU Suami ku.........
wahai suami..aku tak punya daya tok menghalang aku tak punya hak untuk melarang...
hanya Allah tempat ku meminta agar suatu ketika nanti tembok yang telah kita bina..dapat ku tempuhi sendiri
walau perit hari2 yang ku lalui tanpamu, hanya Allah tempat ku bersujud hanya doa yang diiringgi...supaya kita dapat bertemu kembali..

Suami ku yang tercinta,
ku luahkan rasa ini bukan untuk menghalang kehendaknya apa yang terjadi lebih agong dari rasa cinta, kasih  dan sayang......Allah tempat ku mohon keredaan, agar engkau sentiasa dibawah lindungannya...
Suamiku dunia akhirat...Pemilik tulang rusukku....
akan ku ingat selalu Ijab Kabul yang terucap dari lisanmu dulu....

wahai Imam dalam solatku, aku akan slalu hadir dalam cintamu kepada Allah dalam hening malam...
air mata tak berhenti menitis memohon munajat doa supaya enkau bahagia di sana tanpaku disisi....
ku mohon padamu Ya Allah, pertemukan kami di syurgamu..jadikan kami pasangan di syurgamu..
biarlah dia yang memimpin tanganku meniti titianmu.....
kerana dialah Suamiku...........
insan tercinta dariMu padaku.......

walaupun seketika aku bersyukur padaMu Ya Allah.....
jika dia mendengar ku Ya Allah....
ku ingin dia tersenyum menantiku......
walau ku tahu engkau dapat memberikan ia pasangan lebih baik dari ku..
kerana dia Suamiku.....dunia Akhirat..........

_dari aku_
Al-Fatihah untukMu Suamiku.............
Arwahyarham Suffian Hashim.

11 February 2012

RINDU anugerah Allah

Assalamualikum...&salam sejahtera....


Rindu (Al-’Isyq)
Rindu itu ialah cinta yang berlebihan, dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Tetapi jadi orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu itu disertai kerendahan dan kehinaan.

Rindu, termasuk amalan hati yang orang tidak mampu kuasai. Adapun rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya dari orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi’ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahwa orang yang keRinduan termasuk dari golongan syuhada di akhirat, orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan dari orang-orang meskipun kerinduan itu timbul dari perkara yang haram sebagaimana pembahasan dalam masalah cinta....

Makna ucapan Suyuthi adalah orang-orang yang memendam kerinduan baik lelaki maupun perempuan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar atasnya sampai mati karena kerinduan tersebut maka dia mendapatkan pahala syahid di akhirat. Hal ini tidak aneh jika fahami kesabaran orang ini dalam kerinduan bukan dalam kefajiran yang mengikuti syahwat dan dia bukan orang yang rendah yang melecehkan kehormatan manusia bahkan dia adalah seorang yang sabar, menjaga diri meskipun dalam hatinya ada kekuatan dan ada keterkaitan dengan yang dirindui,

em...terlalu banyak erti kereinduan kan...sukar jugak nak difahami jika tak faham betul2 maksud yang disampaikan.....Rindu..memag satu perkataan yang tak dapat diungkap  kenapa yek??? Rindu pada apa pun,sesiapa pun semuanya datang dengan sendirinya...........betullah klau nak cakap RINDU tu anugerah Allah...........terlalu istemewa..bagi aku rindu suatu yang unik.....tak dapat nk dicari..tak dapat nak disimpan..tak dapat nak dibuang...hem.......PELIK KAN.....

rasa rindu! kalau aku, Rindu pada Si dia...terlalu rindu....pasti ramai jugak yang rindukan dia.Rindu pada insan yang telah tiada..beza dengan rindu dengan insan yang masih boleh kita cari..lihat.em rasa yang susah nak diungkap dengan kata2 rindu segalanya..................rindu kenangan lalu yang hanya boleh diingati tanpa boleh diulanggi...........kehidupan....sentiasa terus..dan terus kedepan...


10 February 2012

DARI MEREKA- Kewartawanan @ Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan: Sekeping Rindu Semadah Ungkap buat Suffian Hashim

http://ikipdel.blogspot.com/2011/09/sekeping-rindu-semadah-ungkap-buat.html?spref=bl: Assalamualaikum & Salam Sejahtera, (Nukilan Puan Norzimah Kasran, Pengarah Program, Sekolah Pengajian Diploma IKIP) Allahyarham Suffian...

TERIMA KASIH - Kewartawanan @ Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan: Salam Takziah Buat Rohayu Sohor...

http://ikipdel.blogspot.com/2011/08/salam-takziah-buat-rohayu-sohor.html?spref=bl: Assalamualaikum & salam Ramadhan,

Allahyarham Suffian Hashim bersama isteri, Rohayu Sohor ketika majlis perkahwinan mereka tahun lepas ...

TerAKHIR kalinya

aku tak nak kehilangan Si Dia...waktu Si Dia sakit teruk dulu aku slalu berdoa supaya allah sembuhkan penyakit Si Dia jangan ambil Si Dia dari aku,aku tak boleh hidup tanpa Si Dia.....tapi..........16.ogos 2011 Si Dia tiba2 sesak nafas teruk..aku antar Si Dia ke hospital terdekat bentong..tapi sini kurang pakar kami akan ke PPUM tapi tak jadi....kami ke Ampang Puteri...

Si Dia masuk wad aku nampak Si Dia makin teruk tiba2 padahal selepas MRI hari tu Si Dia makin ok..ye sempat aku sambut hari jadinya pada 5 ogos hari tu berdua....aku dah hilang arah,,Si Dia akan buat pembedahan secepat yang mungkin tapi tak boleh sebab darah Si Dia terlalu cair.. kat wad aku sentiasa di sisi Si Dia..aku nak Si Dia baik ape pu jadi..doc kata buah pinggang Si Dia dah tak berfungsi,hati pun dah tak ok sebab mata Si Dia dah nampak kuning..ya Allah apa lagi dugaan yang kau berikan padaku dan suami ku dah tak berdaya sebenarnya nak menempuh segala dugaan nie...kuatkan hatiku tuk Si Dia ya allah...

aku nampak Si Dia tenang Si Dia tak tahu macam mana keadaan Si Dia sebenarnya sebab kalau dilihat dari luaran memang tak de ape2 tapi doc kata bahagian organ dalaman dah banyak yang tak berfungsi...Si Dia perlu dipindahkan ke CCU tok rawatan rapi, cuci darah aku hanya turutkan apa yang Doc kata,,bukan keputusan aku seorang tapi family Si Dia juga ada...21.ogos Si Dia dipindahkan ke CCU start dari tu payah sikit aku nak sentiasa di sisi Si Dia sebab dikawal rapi oleh nurse yang bertugas aku hanya masuk bila dibenarkan masuk saja..tapi Si Dia slalu mintak nurse panggilkan aku....

23.ogos....kali terakhir aku berbual dengan Si Dia sempat aku belikan Si Dia air laici yang diminta Si Dia teringin katanya...padahal Si Dia tak boleh minum waktu tu..aku mintak kebenaran kesian b aku tak sangup tengup b macam tu...petang tu nurse panggil aku masuk keruangan doc. doc nak jumpa."kenapa doc nak jumpa aku??hati aku tak rasa yang b akan ape2..sebab tadi aku baru je berbual dengannya dia baik2 je...bila jumpa doc.....doc cakap dia dah tak boleh tipu aku...sebenarnya Si Dia makin teruk hanya keajaiban bulan ramadhan nie je yang boleh baik kan b sebab doc kata dia tak boleh nak tolong b dah...b dah 50-50....sakitnya hati aku...termiang-miang lagi kat telinga aku nie ape yang doc tu cakap.....kenapa dia tak boleh tolong b...lepas jumpa doc aku memang nak ge jengok b tapi air mata aku waktu tu berjurai2 aku tak nak b pelik kenapa aku nagis beria..aku tak nak b nampak aku sedih...

ape yang boleh aku buat waktu tu call mak dan bg tau ape yang doc cakap kat aku mak soh aku banyak sabar..aku dah tak tahan aku nagis aku soh mak datang sebab doc kata b dah teruk..semua ahli keluarga akan berkumpul......kali keduanya nurse panggil aku lagi...aku makin takut,takut nak terima apa lagi yang doc akan cakap...nurse bawak aku ge ke tempat b belum sempat aku sampai kat katil aku tegok b..............allahhuakbar allah saja yang tahu ape yang aku nampak..apa yang diorang buat pada b aku dah tak boleh cakap gan b...dalam mulut b ada satu alat bantuan pernafasan luluh hati aku tgok b macam tu..aku makin tak kuat aku nagis bila sampai kat b..aku tahu b sedih tengok aku macam tu..tp aku tak rela tgok b macam tu...tangan b diaorang ikat kat sisi katil sebab b nak tanglkan tiub dalam mulut dia tu...alat tu bantu b tok bernafas....doc kata kalau dia cabut b hanya boleh hidup dalam setengahjam ke sejam je...saat nie air mata aku masih berjujurai masih terbayang saat b lalui semua tu....

aku pegang tangan b gengan sekuat hati aku..aku rasa b balas gengaman tangan aku...aku nampak air mata b mengalir di pipi aku tak nak b pergi aku sayang b.....aku tak boleh hidup tanpa b...aku bacakan yassin tok b nak b baik...aku tahu b dengar aku baca aku nampak b nagis walaupun nurse dah tutup mata b dengan kapas tak nak mata b kering...dah dua hari b terlantar macam tu aku rindu suara b tiada kata2 terakhir walaupun aku sempat berbual dengan b dan b tersenyum kat aku soh aku cepat balik masuk ktdia...dia cuma cakap yang dia tak sabar nak kuar dari CCU sebab nak mandi puas2 kat situ b tak puas mandi...aku hanya mengiyakan apa yang b cakap..sepantas kilat rasa baru je aku berborak tersenyum dengan b tapi b dah jadi macam nie...aku rindu suara b..belaian b aku nak b bangun panggil aku..adikk...adik... aku rindu suara tu..ya allah tolong lah aku... ahli keluarga dah mula bkumpul kami bacakan yassin ramai2..tok b...tapi b masih macam tu aku mengharabkan ada keajaiban yang akan berlaku pada b...tu harapan aku saat tu saat b melawan semua tu...

aku bagi semangat kat b..aku bisik kat telinga b yang aku sayangkan b...aku tahu b kuat aku tahu b boleh baik aku cakap kat b macam tu...aku tahu b dengar semua tu walaupun xde ape2 tindak balas yang b bg kat aku mula2 b macam nie walaupun b tak begerak aku dapat rasa b balas gengaman aku tapi kali nie lain..aku pegang tangan b..b tak balas balik..aku rasa badan b dah mula sejuk..nurse dah pasang satu mesin tu kat kaki b supaya b panas....tapi b masih bernafas...setiap kali aku kat b aku akan cakap kat telinga b..belai rambut b..aku tahu b nak aku ada kat sisi dia....semua mintak aku lepaskan b...biar b pergi..kenapa diaorg nie!! mintak aku buat benda yang aku tak kan buat..tapi diaorag cakap aku seksa b sebab b dah nak pergi...aku masih tak rela tak redha aku tak nak b pergi..walaupun mulut aku kata aku redha jika b pergi tp sebenarnya dalam hati kecik aku nie aku tak redha b pergi aku nak hidup gan b......sahi kata b sebenarnya hidup dengan bantuan pernafasan tu je..aku dah seksa b sebab aku tahan b...dah sampai masanya tapi aku masih tak rela b pergi....aku masih harabkan sesuatu akan berlaku keajaiban..

ya keajaiban tu je yang aku harabkan memandangkan waktu b tenat tu kita dah sepuluh hari di akhir ramadhan..malam lailatukadar....b mesti hidup aku nak b hidup...aku buat solat hajat mintak petunjuk malam tu khamis malam jumaat aku berdoa supaya allah bg yang terbaik tok aku dan b..."jika dengan cara b pergi terbaik tok b aku redha..ayat tu tiba2 muncul dari mulut aku...aku tak sanggup tengok b macam tu...keredhaan yang aku rasa betul2 ikhlas.......

.kul 12 dah masuk jumaat 26.ogos 2011,aku masuk nak jeguk b..tak lupa aku bawak senaskah surat yassin aku nak bacakan tok b..keadaan yang sunyi dalam CCU ada makcik b kat dalam...aku dok kat sebelah b aku bacakan yassin tok b.....baru berapa baris aku baca.............b tiba2 tarik nafas panjang aku pegang tangan b..mesin pernafasan dah mendatar______________________nurse mintak aku ajar b mengucap aku bedebar apa yang akan terjadi nie ya allah..aku ajar b mengucap aku tahu b dengar..allah lebih sayangkan b sedalam mana sayang dan cinta aku pada b..b hak allah aku tak mampu nak melawan takdir...b pergi meninggalkan aku tepat jam 12.30pg 26.8.2011 jumaat b pergi meningalkan aku buat selamanya........... selama-lamanya......

orang tak kan faham aku tahu ramai yang sedih dengan berita pemergian b terutama ahli keluarga dan sahabat handai..tp aku isteri,,,isteri b aku lebih merasakan kehilangan b..puas hati korang yang nak pisah kan kami dulu kan nie yang korang nak kan.!aku dah berpisah dgn b buat selamanya.......aku tgok b pergi dengan tenang,b senyum...aku hanya mampu melihat...makcik b kata b tunggu aku sebab selama dia kat b..b macam biasa tp bila aku datang.......aku tahu b nak aku disisi dia....sedih yang tak dapat diceritakan......aku rasa kekuatan b ada dalam diri aku saat b pergi sebab aku hanya mengalirkan air mata aku tiba2 tenang dalam kesedihan ada kekuatan yang buat aku mampu mengawal perasaan aku...........

semua dah diuruskan..aku ikut b sama2 naik van jenazah mami juga...aku duduk bawah je sebelah b aku peluk badan b..segala berjalan lancar pengurusan tuk bawak b balik..perjalanan kami semua berjalan baik...kat higway ujan...ujan rahmat..saat tu hati aku bagai digilis trelar panjang yang berat membawa berjuta2 tan batu yang besar tak dapat aku nak cakap hancur hati aku pulang dengan jenazah b aku harab kan b baik..dapat balik gan b dengar suara b gelak tawa b..tapi allah maha mengetahui............


16.ogos.2011-1st day di ampang puteri-
muka b nampak bengkak/pucat-
 
21.ogos.2011-sebelum b dipindahkan ke CCU

5.8.1986 - 26.8.2011
  luahan hati aku yang dapat aku kongsikan bukan rekaan tapi kenyataan...aku dah laluinya...saat aku tulis semua nie..air mata masih menitis masih teringat suaranya masih terasa gengaman tangannya...emmm..hari jumaat sama hari b pergi tinggalkan aku b dah 169 hari meninggalkan aku..tapi aku masih rindukan b....dalam hati kecik nie masih menyimpan harapan tok berjumpa dan kembali hidup dengan b..aku kena terima hakikat..aku bersyukur kerana masih ada keluarga dan kawan2 yang sayang dan ambil berat pasal aku...alhamdullilah aku masih lagi kepusara b..aku pun dah mulakan kerja,,dekat dengan rumah...dekat jugak dengan b........aku harab b tunggu aku kat sana....

Ramadhan bersama

Ogos.....2011 meninggalkan seribu kenangan dalam hidupku..pada sesiapa yang slalu tengok muke buku aku mungkin dah tahu ape yang terjadi pada kehidupan aku......
masih segar diingatan Julai bulan sebelum menyambut ramadhan tok tahun 2011 aku rasa begitu teruja mana taknye nie tahun pertama aku menyambut ramadhan sebagai seorang isteri.....walaupun sebelum nie memang kami sentiasa sambut puasa bersama tapi lain tok kali nie....masing2 teruja.aku dah mula memikirkan juadah berbuka puasa yang akan aku sajikan tok suami tercinta memandangkan aku masih dirumah mak tak lah takut sangat..mak boleh tolong aku masak kan...em Si Dia??bertambah baik dari sakit...cuma 2 ramadhan nie kami kena ge IJN-Institut Jantung Negara- Si Dia kena buat pemeriksaan MRI sebab air yang selama nie berkumpul di paru2 dia dah ke jantung,,dan membuatkan selaput jantung dia mengeras..mungkin perlu dibedah....Si Dia tak takut tok dibedah walaupun aku tahu sebenarnya Si Dia takut...tapi tu lah ayat yang sering Si Dia cakap pada aku..aku yakin Si Dia memang berani tok lalui pembedahan tu kalau memang tu je jalan terbaik tok sembuhkan penyakit Si Dia..tapi yang aku tak boleh blah bila Si Dia slalu cakap yang "adik,pian tak takut mati....semua orang akan mati..tp pian takut tinggalkan orang yang pian sayang"-ayat tu..!!!buat hati aku sebak nak meraung rasanya bila orang yang kita sayang cakap macam tu kan...allah saja yang tahu..aku nak Si Dia baik...harab2 semua nie akan selesai.....em sebelum start puasa kami ada balik ke terengganu, tengok rumah dah lama sangat kami tak balik jengok rumah kat sane.lagi pun Si Dia masuk keje tuk beberapa hari..sempat juga sebelum balik kami ge beli kain baju melayu tok Si Dia,tok dipakai raya nanti tema hijau..em bukan ape sebab aku ada kain warna hijau so kan sama nanti...aku nampak raut wajah Si Dia happy sebab dapat kerja macam biasa,jumpa kawan2 cuma sekejab je lah....tarikh yang dijanjikan 2 ramadhan-2.ogos 2011 kami ke IJN pagi lagi kami dah ge..walaupun bentonh dengan kl tu dekat tapi takut jem lagi pun faham2 je lah ramai pesakit yang datang kalau lewat nanti lewat pulak kami...takut tak sempat pulak nak berbuka nanti...alhamdullilah selesai buat MRI mg dah petang so kami ambik keputusan tok berbuka kat kl je lah memandangkan time berbuka dah tak lama dah..best............kali pertama berbuka puasa berdua sebagai suami isteri wah....seronok...


2.ogos.2011-berbuka puasa bersama-
tu je yang boleh aku share..tu pun Si Dia tak pandang kamera aku take curi2...em..nampak muka Si Dia cengkung sikit kan tapi tak pe lah janji sihat....Si Dia masih dalam mc..ada untungnya kenapa Si Dia tak kasi aku kerja...aku tak menyesal pun tak kerja..aku boleh jaga Si Dia...tapi sangkaan aku meleset!..Si Dia tak ape2 tapi ada pulak pihak yang pertikai kan kenapa aku tak kerja dan aku dianggap beban pada Si Dia,dah lama sebenarnya perkara nie timbul dari Si Dia mula2 sakit lagi tapi aku abaikan je.yelah bagi aku bila orang dalam keadaan tertekan macam2 pun boleh jadikan nak2 bila serabut sangat..bg aku bersabar adalah jalan yang terbaik..marah sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah dan mengalah bukan beerti kalah...tapi.. hati isteri mana yang boleh tahan dengan hinaan tu..bukan tu je sampai nak pisahkan kan kami sebab bagi orang tu aku segala punca Si Dia jadi macam nie....aku tak rela berpisah dengan Si Dia tapi kalau tu yang terbaik tok kehidupan Si Dia dan kalau lah perpisahan kami nie boleh buat Si Dia sihat aku rela....walaupun terpaksa...aku tahu Si Dia tak rasa pun aku nie beban Si Dia orang tu je lebih2..kenapa..?macam drama kan..em tu lah mula2 aku pun rasa hidup aku macam kat drama Tv tu tapi nie kenyataan...aku kena makin sabar..nasib aku ada kengkawan yang dapat aku luahkan perasaan aku bila aku sedih,bukan tak nak cakap n bagi tau mak,,aku ada bagi tau mak juga tapi apa yang aku rasa sedih aku banyak kongsikan dengan kawan aku..ekin..ayu..n sahi nasib aku ada dieorang bukan tak nak nagis depan mak tapi aku tak nak mak sedih bila tengok aku sedih..walaupun sebenarnya aku malu jugak nak cakap gan diaorang tp aku tak peduli dah kawan2 aku banyak membantu memberi semangat dan idea tok aku setelkan masalah aku...setara mana sangat kita sebagai isteri dapat menyimpan rahsia pada suami kita...kan aku bagi tau jugak Si Dia apa yang terjadi,semuanya aku ceritakan,bukan bermaksud nak bebankan lagi Si Dia tapi aku nak Si Dia tahu sebenarnya....aku tahu Si Dia sayangkan aku lebih dari segalanya sama seperti aku..
"ketika dua hati saling tulus mencintai ..mereka akan selalu temukan cara untuk tetap bertahan..tak peduli betapa sukarnya tuk terus bersama"

semua dah TERTULIS....

kehidupan baru.......bermula akhir february 2011,march,april,may,jun,julai....em perkara yang sama Si Dia masih tak sihat..bermacam macam usaha kami lakukan tok pulihkan Si Dia tapi macam biasa stay air di luar paru2 tu ada jugak...kami tetap cuba rawatan islam di merata tempat..tak kisah lah jauh macam mane pun kami pergi segalanya tok Si Dia....sebenarnya dari Si Dia mula dapatkan rawatan di ppum,hari ke hari Si Dia nampak makin ok...dari mula aku antar Si Dia hanya mampu terlantar baring di katil sebab tak larat lama2 dah boleh naik wchair..dan dah boleh jalan sendiri..b memang kuat,,kuat melawan penyakit yang dia hadapi...sejak dari Si Dia terima rawatan di kl kami dah dok umah mak kat bentong bukan ape senang nak berulang ke kl kalau ada appmnt gan doc...memang 2 minggu sekali kami akan ke PPUM tok ambik bekalan ubat dan jumpa doc...dan slalunya jugak setiap kali aku dan Si Dia ke PPUM aku akan bawak satu beg baju besar standbay sebab slalunya memang akan masuk wad...aku nampak Si Dia dah bosan macam nie slalu..aku tahu Si Dia nak baik dan tak nak ge hospital selalu...dia nak kerja macam biasa nak jage aku nak jalan kan tugas dia sebagai ketua keluarga tapi aku tak kisah semua tu...janji Si Dia baik...tp apa kan daya dugaan kami datang satu persatu...bagi aku ibarat sudah jatuh ditimpa tangga aku tak penah rasa bosan atau menyesal menjaga Si Dia sepanjang di hospital malah aku seronok dapat berada di sisi Si Dia sepanjang masa...klu korang nak tahu sepanjang berada di hospital walaupun kami tak de aktiviti lain dan pasal honeymoon kami di padang batal..kami sikit pun tak kisah..kami honeymoon di hospital pun tak pe janji berdua....hari2 ada je yang kami borakkan ada je yang buat kami tergelak besar kelakar slalunya yang jadi mangsa untuk kami gelak adalah pesakit yang dah berumur yang satu bilik gan Si Dia....biasa lah orang dah berumur selalunya banyak ragam kan..memandangkan Si Dia pesakit yang muda dalam wad waktu tu tak heranlah Si Dia memang dikenali dalam wad tu sama macam aku hahahaha ye lah wad tu dah jadi umah kedua kami dah bila masuk wad je mesti wad yang sama,keluar masuk wad doc pun senang nak soh aku buat ape2,beli ape2 sebab dieorang pun dah tahu aku dah tau sangat dah selok belok hospital tu ....nurse kat situ pun dah kenal kami...mula2 masuk dlu memang lah xselesa dengan keadaan kat dalam wad kan,sapa pun tak nak masuk wad slalu kan tapi lama kelamaan kami dapat sesuaikan diri bila tengok ada jugak orang yang slalu keluar masuk macam Si Dia sepanjang berada di Hospital banyak benda yang kami tengok pelbagai2 kes..dan dapat jugak muhasabahkan diri kami tok lebih bersyukur walaupun kami dalam kesusahan...aku buat kete sebagai almari aku..aku mandi,tido,makan semua kat dlm wad sama dgn Si Dia aku tak nak Si Dia sorang2 hadapi semua nie, berapa lama Si Dia dalam wad aku pun sama tak balik pun, aku dok je kat situ...nurse pun tak boleh nak cakap ape....dah lah waktu Si Dia kat wad dulu ramai yang ingat aku kakak Si Dia cesss...hampeh..mungkin tubuh aku yang lebih besar dari Si Dia membuatkan orang ingat aku nie kakak Si Dia ...em ape lagi Si Dia sempat lagi tersenyum lebar bila orang tanya,mengada..tp tak pe aku bagi can...leh jugak lah Si Dia nak gorat2 nurse2 kat situ heheheh..skali skala bukan dapat pun kan..
em terlalu banyak perkara yang terjadi pada kami.....aku tahu allah tu menurunkan ujian tok hambanya mesti bersebab...yang penting Si Dia cepat baik.tu je...tapi memang betul kami banyak dugaan.."ya allah,berikan aku kekuatan,berikan Si Dia kekuatan berikan kami ketabahan"tak tahu nak cakap macam mane keadaan Si Dia ada kalanya nampak baik tapi adakalanya tak baik...aku tak tahan tgok Si Dia tanggung sakit macam nie..aku nak Si Dia....baik dapat hidup macam biasa,macam sebelum nie,,,aku tahu Si Dia rindukan kehidupan macam dlu Rindu Si Dia yang slalu ceria..skang Si Dia slalu sedih bila hari2 dia kena cucuk,ambik darah lah buat ujian tu ujian nie...em...........aku sentiasa ada tuk mengembirakan Si Dia tapi aku tahu berat ujian nie tok Si Dia...aku harab ada hikmah di sebalik semua nie......ape pun jadi aku tetap sayang Si Dia..Si Dia segalanya bagi aku......suamiku,sahabatku,..segalanya.....

4.4.11-annvsry 5yrs genting
-waktu nie dah sakit-

19.april.11-chesttiub 2nd time-

20.april.11-after X-ray-

21.april.11-smile..

13.may.11- chesttiub again 3td time-

21.may.11-icu sesak nafas,dari umah-

2.jun.11-stay in hospital-together dgr radio..

7.jun.11-nampak makin sihat-

14.jun.11-last day in wad..dapt kuar akhirnya


3.julai.11-gunung jerai kedah..tenangkan fikiran
:-)

9 February 2012

KENAPA???

setahun yang lepas 9.02.2011 bila dilihat dari angka sama seperti hari ini 9.02.2012..cuma satu angka saja yang membezakannya..tapi setahun yang lepas aku mampu tersenyum gembira bila bersama Si Dia...berdua tinggal di tempat orang...tapi ada sedikit perubahan bukan kami yang berubah kami stay sama sayang menyayangi tapi Si Dia aku nampak slalu batuk2 aku rasa Si Dia tak berapa sihat.mungkin berubah angin kot..aku pun ada jugak demam2 sebab tak biasa lagi dengan angin di terengganu agaknya,, tapi tak lah melarat macam Si Dia..hari ke hari aku negok Si Dia tak lena tido...badan sejuk tapi berpeluh...bila malam slalu batuk teruk sampai susah nak bernafas..bila aku ajak ge hospital tak nak sebab dia kata biasa je batuk biasa tapi aku tegok dah luar biasa dah........sampai ujung bulan 2 aku tak boleh ikut cakap dia dah..satu hari tu kami nak beli barang kat bandar kuala terengganu so aku yang drive, nampak je hospital besar aku terus je buat muka tak bersalah masuk kat laluan kecemasan park kete n ajak Si Dia ge jumpa doc..tak nak...aku buat keras hati je ajak jugak Si Dia masuk...sebab aku risau dah banyak makan ubat batuk tp tak elok2...dah ada kat hospital,biasa lah ramai orang sampai malam baru lah giliran Si Dia jumpa dengan doc.. buat X-ray tau X???tekejut sangat bila pas X-ray paru2 Si Dia sebelah kanan nampak pelik..doc kata luar paru2 Si Dia dah dipenuhi air..macam paru2 berair tapi nie diluar paru2...Si Dia kena masuk wad..respont Si Dia mg lah tak nak..aku lagi lah tak sanggup nak balik umah sorang2 tanpa Si Dia dah lahumah kami dgn hospital jauh tapi memikirkan keadaan Si Dia aku kne paksa Si Dia masuk wad sebab doc kata slalunya benda macam nie kne wat tapping tok kuarkan air tu,,pastu elok lah...tak tahu macam mane leh jadi macam tu nak kata b(Si Dia) slalu mandi malam tak jugak...so kami anggap benda nak jadi dugaan tok kami..sejam jugak dok memikir nak masuk wad ke tak.akhirnya...aku balik umah sorang lepas setelkan kemasukkan wad dan aku belikan sebotol air mineral dan roti tok Si Dia sebelum aku datang balik keesokkan harinya...dalam masa yang sama bagi tahu ahli keluarga yang lain semua terkejut mana taknya tiba2 dari sihat2 lagi pun Si Dia jarang sakit tetiba dengar2 masuk wad..hati aku balik sorang memag lah takut giler sampai umah tak boleh tido terus je kemas baju tok aku dan Si Dia dok wad nanti..pagi2 aku dah gerak ke hospital...2malam jugak Si Dia kat wad terengganu aku pun sama tak balik lebih baik tido kat wad sekali dengan Si Dia dari dok umah sorang2......family yang lain dah sampai,kata sepakat nak pindahkan Si Dia ke hospital kuantan sebab dekat dengan family Si Dia kami setuju.........dari tu Si Dia start mc nak wat cane kan dah sakit..dan di sini lah cerita kami bermula........pelbagai dugaan,pelbagai cabaran yang terpaksa kami lalui bersama,tertekan dengan apa yang terjadi aku kena kuat untuk Si Dia sihat..ya aku memang kena kuat nak jaga orang sakit pun kita kena pandai kan...ape yang aku boleh buat walaupun sedih aku kena senyum,buat Si Dia gelak dan tersenyum sama dengan aku...b kena sihat jangan buat aDik(panggilan yang Si Dia panggil aku) takut... b kena cepat sihat tau..tu je kata2 yang dapat aku bagi hari2,yang aku harabkan..em bila dah pindah ke kuantan ingatkan senag lah kan sebab dekat dengan family Si Dia tapi...............sesuatu yang tak dijangka berlaku aku rasa tak perlu aku cerita tak nak aibkan sesiapa sebab blog aku nie bukan lah tempat aku nak aibkan orang...benda tu membuatkan aku kena lagi tabah,sabar dengan ape yang terjadi aku tahu nie semua dugaan dan aku harab bila Si Dia dah sihat aku dan Si Dia akan hidup macam biasa....

keadaan Si Dia mula2 start sakit

dah elok.tgu nak bukak jahit
 isteri mana yang tak nak suami baik cepat dari sakit kan semua isteri pun nak suami masing2 sihat...begitu jugak aku bila nampak Si Dia dah makin sembuh aku makin senang hati,susah hati aku bila tengok Si Dia sakit..tapi doc kata kena pantang sikit dari segi pemakanan dan aktiviti.. tak de hal B semuanya akan diuruskan oleh aku...mulai saat nie aku akan jadi misi-jururawat- tok Si Dia disebabkan hospital yang merawat Si Dia tu kekurangan pakar kami teruskan rawatan di hospital kl..PPUM-Pusat Perubatan Universiti Malaya-semua tu diuruskan oleh sehabat baik aku yang juga jiran sebelah umah aku yang kerja kat situ sahi...sahilah yang banyak bantu kami mula2 kami buat rawatan kat situ maklumlah tak biasa dengan hospital sebesar tu...sahi uruskan doc mana yang kami patut jumpa pakar chest..Dr Lim..23.3.2011 kami memulakan rawatan kat PPUM harab b akan lebih baik dan sembuh dari penyakit tu....apa yang Si Dia kena buat slalulah kena tapping air kat luar paru2 tu bila dah banyak..kesian aku tengok Si Dia berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...setiap kali b kena tapping aku akan tgok...aku buat muka tak kesian lansung soh b kuat..tp..nampak b sakit...aku tak tahan bila tgok b buat muka sakit,nak menitik air mata..aku tak leh nagis depan b aku kena kuat..tok b terus kuat...harab doc kat sni dapat sembuhkan b....

tag name

comel pandang wife dia ambik gambar

together

muka tension- makin sihat

aku punya kerja nie..conteng2


In LOVE

slalunya february dikaitkan dengan bulan cinta...apa pendapat korang?ape pun aku memang tak pernah smbut...dari start couple sampailah dah khawin huhuhu...em kisah leps aku ceritakan kisah aku dan Si Dia disatukan dengan satu ikatan perkahwinan..so lepas khawin cmfm2 lah best,,,ceria masih dalam cinta tp kami hari2 pun in love melainkan waktu gaduh heheh..stay story in DEC..terlalu banyak cerita... em pas khawin slalunya pasangan lain akn ge honeymoon kan so kami pun ada jugak merangcang nak ge, kami pilih tok ke padang indonesia tapi bukan bulan kami khawin maklumlah beli tiket murah so lambat lah sikit maybe mac 2011.first honeymoon,tak sabar rasanya...memandangkan Si Dia tak cuti panjang kami naik genting je pas khawin menghabiskan masa cuti Si Dia sebelum Si Dia akan bawak aku balik dan dok skali di terengganu.....adoiii macam mane lah dok tempat orang tak penah lagi nie...kene buat kerja umah tu semua aku tak kisah tapi aku kurang sikit bab2 masak memasak nie....nasiblah Si Dia tak memilih dan tak cerewek soal makan...bukan tak pandai masak tapi nak buat gulai2 nie memang lah kurang arif sikit aku masih kene banyak belajar..huhu  masih ingat tarikh tu 17 dec 2010 aku dan Si Dia menghabiskan masa seharian di outdoor genting puas hati....dapat main banyak juga game hum..ada lah pic yang aku nak share sikit....

Genting Outdoor game

peace!

inai tak ilang lagi

berDUA lebih BAIk
 tu je lah sedikit sebanyak tak boleh nak take pic bebanyak sebab susah..heheheh lagi pun Si Dia malu..kalau tengok balik gambar2 nie memang boleh senyum sendiri...memang tak dapat nak kembalikan waktu nie kan....pas dari kami berdua bercuti ke genting kami balik ke terengganu dah..aku pun dah tak bekerja jadi suri rumah sepenuh masa Si Dia tak kasi kerja lagi..pertama kali untuk aku dok rumah sebagai seorang isteri...first time dok terengganu...em pasnie aku kene lah pandai bergaul dengan orang2 keliling aku...first step kemas rumah...best dapat dok umah sendiri sama2 nak cantikkan umah..memandangkan kami dah lama berkawan tak lah kekok sangat aku bila berdua dengan Si Dia..lagi seronok adalah heheheh.aku dah jarang balik umah mak sebab Si Dia jarang dapat cuti panjang susah sikit klu Si Dia dapat cuti kami hanya balik umah mak mertua aku di kuantan.....february 2011 aku masih di terengganu..aktiviti seharian kami kat umah TIDO....tgok tv n kuar bersiar2,dating heheheh.......hari2 pun same dating kat luar ge pantai seronok....love you b...

pantai dekat2 umah je-marang-

BBQ time

smile....


6 February 2012

HARI berSEJARAH...!

December 2010 bulan yang penuh makna....berapa tahun menyulam kasih dan cinta....dengan sekali lafaz "aku terima nikahnya............"YES rasa nak melonjak gembira, aku sah menjadi isteri Si Dia akhirnya...kami sah sebagai suami isteri 10.12.10 hari yang besejarah pada aku dan Si Dia tak sangka kami betul2 bersatu happy................korang yang dah khawin dengan insan yang korang sayang mesti rasa perasaan yang aku rasa kan msti korang pun terkenang saat2 korang disatukan...tak boleh nak cakap perasaan tu terlalu gembira....before nie aku tak penah bagi tahu nama Si Dia kan so..."terima kasih pada Si Dia Suffian Hashim kerana memilih aku dan menjadikan aku permata hati, insaallah aku akan menjadi seorang isteri yang bertanggungjawab.thanks B (panggilan manja tok Si Dia)"hope hubungan nie kekal hingga ke akhir hayat..slalu nya tu lah yang kita akan harabkan....lepas nie aku dan Si Dia akan memulakan kehidupan baru sebagai suami isteri..walaupun kami dah lama bersama tapi lepas nie segalanya akan bersama....seronok....4 thn kami impikan semua nie segalanya berjalan lancar dengan bantuan family dan rakan,special my BFF ayu,ekin dieorang sentiasa ada disisi aku hope selamanya...
walaupun sekarang dah 2012 tapi keseronokan time tu masih aku rasakan...dari start kami diijab kabulkan..masih terasa lagi ciuman didahi yang Si Dia berikan selepas aku sah menjadi pemaisurinya kegembiraan yang akan aku kenang hingga akhir hayat begitu juga yang aku harabkan pada Si Dia..dapat membimbing aku, menjadi suami yang terbaik dalam hidupku..menjadi ayah kepada bakal anak2 ku...adoiii terlebih sudah,,,tapi bukan aku sorang yang rasa macam nie sesiapa saja yang berkahwin akan mengharabkan semua nie kan,kenangan sehingga ke jinjang pelamin..bedebar terharu,gembira segalanya...... lesen besar horeeyyy lepas nie boleh dah ge mane2 berdua......


selepas ijab kabul

malu!...


My BFF ekin n husbn

malam berinai


segak..my flower girl yg cute
 
our cousin

purple...11.12.10

My BFF ayu with Bf
 
member2 Teknik


tak akan dilupakan
 tu je lah sedikit sebanyak yang dapat aku share klu ikutkan banyak lagi yang nak diupload hehehhe tapi tak boleh lahkan..biarlah menjadi simpanan je huhuhu em..ape pun pada korang2 yang dah berkahwin hope korang happy sampai ke anak cucu k n pada2 yang nak berkahwin cepat2 lah jgn ditanguh2 perkara baik heheheh ape pun moga2 kita semua bahagia hendaknya...Amin....

Akhirnya.....

RINDU pada kenangan lalu,itu je yang kita boleh ungkapkan kan??yelah sebab kita tak boleh nak lalui semua tu semula....masih berkisahkan tentang aku dan Si Dia...terlalu lama,terlalu panjang masa perkenalan takut masing2 ada perasaan jemu tp perasaan tu tak akan muncul dalam kamus hidup kitaorang..slalu juga gaduh disebabkan perkara2 remeh...tapi sekejap je.mujurlah aku ada BFF ikin n ayu thanks kat korang sebab slalu dengar masalah aku.memang susah nak cari kawan yang boleh menangis bersama kita tp aku ada dieorang best sangat dapat juga aku luahkan rasa bila ada perselisihan faham antara aku dan Si Dia...em...klu tak gaduh pun tak boleh jugak kan heheh sebenarnya bila gaduh nie ada bagusnya tapi yang pasti salah sorang kena mengalah..tak salah sebenarnya kalu kita mengalah kan.....selepas mengikat tali pertunangan Si Dia tak lama lagi tamat latihan dan akan mula bekerja di Terengganu..adoiii jauhnya...serius kali nie mg kami berjauhan betul.....apapun tahniah pada Si Dia sebab berjaya juga tamatkan latihan kat maktab tu.."saya bangga dengan awak". (^_^)


waktu terima sijil tamat latihan

muka serius cover senyum huuhu
 
selesai sudah-maktab penjara kajang-

segak bersama rakan seperjuangan

selepas pertunjukan sentap
muka penat!
 em.....tak banyak yang nak dikongsikan pasal Si Dia waktu tamat latihan...tapi yang buat aku klakar sikit waktu tu bila time semua pelatih beratur untuk memulakan acara..aku pening!!!cari Si Dia mane? tak de pun...lama aku perhatikan..hehehehe sebab semua pelatih muka lebih kurang je...bukan rupa mereka sama tapi disebabkan latihan yang diaorang lalui tu sama jadi kulit pun sama lah kan memang tak boleh nak cam lama aku mencari sambil senyum sendiri geli hati aku di buatnya...klu korang tak caya korang leh lah tengok pic nie....
nampak muka diaorg lain tapi seakan serupa kan?


lagi Tak dapat cam.aku pakai snap je
 ape pun TAHNIAH tok Si Dia yang tersayang..juga rakan2 sepelatih Si Dia.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...